Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.4.13

Nik Aziz: Ini Komunisme, bukan demokrasi


 
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyelar tindakan media yang tidak pernah memberikan liputan yang adil dan peluang bercakap dalam televisyen atau radio walaupun sudah lama menjadi menteri besar Kelantan.

Sebagai contoh, katanya, apabila ada berita tentang Nik Aziz, hanya perkara buruk dilaporkan dan tiada yang bagus disebut.

"Ini bukan demokrasi, ini Komunisme," katanya dalam sebuah program di Shah Alam hari ini.

Beliau sekali gus mengkritik tindakan media tidak melaporkan tentang pemimpin Pakatan Rakyat bagi memaksa undi untuk Umno dan BN dalam pilihan raya.

"Ini bukan pilihan raya, ini 'paksa raya'," katanya.

Tiada ulasan: