Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

17.4.13

Nazri: Zul Noordin berprinsip, calon boleh menang


 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mengalu-alukan bekas pemimpin PKR Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon BN di Shah Alam, yang disifatkannya sebagai orang yang berprinsip.

"Beliau calon boleh menang," kata Nazri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, beliau selalu menggemari personaliti Zulkifli dengan menyifatkan naib presiden PERKASA itu sebagai penceramah yang baik, ahli politik yang baik, orang yang berprinsip dan orang yang dapat menarik undi kepada BN.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi Shah Alam dari PAS Khalid Samad - tindakan yang mengejutkan ramai pihak.

Tiada ulasan: