Selepas kekalahan mengejut pada tsunami politik 2008, BN Selangor berikrar mahu membetulkan kesilapan sekaligus merebut kembali negeri perindustrian itu dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui parti melalui perjalanan yang penuh berliku dan telah belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

Beliau bagaimanapun percaya bahawa inilah masa yang sesuai untuk BN menebus kesilapan di mata rakyat.

"Kami akan membetulkan semua kesalahan kami," ikrar Najib yang juga pengerusi badan perhubungan Umno negeri itu.

Najib berkata beliau berazam untuk mengembali negeri itu kepada "kebaikan di bawah pemerintahan BN" bertentangan dengan apa yang didakwanya "janji-janji kosong" kerajaan Pakatan yang menerajui negeri itu sejak lima tahun yang lalu.

"Apa yang kita janji, kita akan tunaikan, ini adalah janji kami," katanya, mengulas mengenai manifesto mereka untuk negeri ini yang akan dilancarkan esok.

Najib berkata demikian ketika mengumumkan calon-calon BN bagi 76 kerusi parlimen dan
Sementara itu, sekurang-kurang 10 kerusi parlimen yang ditanding calon BN di negeri itu bakal berdepan dengan pertarungan sengit calon Pakatan Rakyat. Mereka ialah:

Sabak Bernam: Mohd. Fasiah Mohd Fakeh (calon baru-UMNO) lawan Profesor Abdul Aziz Bari (pakar perlembagaan-PKR)

Hulu Selangor: P Kamalanathan (penyandang-MIC) lawan Khalid Jaafar (ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR)

Kuala Selangor: Datuk Irmohizam Ibrahim (calon baru-Umno) lawan Dr Dzulkefly Ahmad (penyandang-PAS)

Selayang: Datuk Donald Lim Siang Chai (timbalan menteri kewangan-MCA) lawan William Leong (penyandang-PKR)

Gombak: Datuk Dr Rahman Ismail (Umno) lawan Azmin Ali (penyandang-PKR)

Ampang: Dr Rozaidah Talib lawan Zuraida Kamaruddin (penyandang-PKR)

Puchong: A Kohilan Pillay (timbalan menteri luar-Gerakan) lawan Gobind Singh Deo (penyandang-DAP)

Subang: A Prakash Rao (calon baru-MIC) lawan R Sivarasa (penyandang-PKR)

Shah Alam: Zulkifli Noordin (rakan BN) lawan Khalid Samad (penyandang-PAS)

Kota Raja: Murugesan Sinnandavar (MIC) lawan Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang-PAS)