Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

18.4.13

Malang Sebatik Dapat Adun PATI?

SEBATIK : DUN Sebatik yang diterajui oleh Muis Picho yang mewakili Barisan Nasional sejak lima tahun lalu masih jauh ketinggalan serba serbi, terutama kemudahan asas; malah terus menyemai janji yang entah bila akan ditepati.

Beberapa buah kampung di DUN berkenaan masih terlalu daif dan kehausan pembangunan seperti bekalan elektrik dan paip air.

Demikian antara aduan, Dato Mohd Jeffry Rosman kepada Sabahkini. Net semasa membuat lawatan ke Jeti Sabindo, Tawau, dekat sini, kelmarin.

Katanya, sebagai Wakil Rakyat, Muis yang dipilih pada tahun 2008 telah gagal membela nasib rakyat di Dun Sebatik dalam tempoh 5 tahun lalu kerana masih banyak kampung tradisi yang terpinggir daripada menerima peruntukan pembangunan.

Sebagai contoh, tambah Jeffry, di Kampung Melayu, Sebatik terlalu ramai penduduk miskin gagal mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik sehingga terpaksa menyambung daripada negara Indonesia.

"Bukankah ini amat memalukan jika rakyat Malaysia terpaksa menagih ehsan negara jiran untuk mendapat kemudahan asas sedangkan Wakil Rakyat hanya tahu menabur janji dan tidak berusaha untuk membekalkan generator kepada penduduk tersebut," kata Jeffry lagi.

Dalam pada itu, Jeffry turut menimbulkan soal kerakyatan Muis Picho sebagaimana bukti yang didedahkan dalam Sabahkini.net selama ini dan wajar disapena ke Panel RCI bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap beliau kerana ramai rakyat Sibatik tahu siapa Muis sebenarnya.

Tambah Jeffry, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Hj Aman melakukan satu kesilapan besar kerana masih memberikan kepercayaan kepada Muis mewakili Sebatik sedangkan ramai lagi Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO yang lebih baik dan berkelayakan daripada Muis.

“Seperti yang kita lihat, Sabindo adalah tempat persinggahan penduduk Sebatik untuk berulang alik. Malangnya kerajaan BN tidak berupaya membina jeti untuk keperluan penduduk setempat,” katanya lagi.

Jeffry dijangka akan bertanding di Sebatik dan menentang Muis kerana menurutnya semasa Muis menjadi ADUN Sebatik, beliau gagal menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat kerana pilih kasih dan menganak tirikan suku kaum Tidung, Suluk, Jawa, Banjar dan Bolongan.

 -Sabahkini

Tiada ulasan: