Posted on Friday, April 19 @ 07:31:28 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: amkns"
Rembau
18 Apr 2013 – Walaupun DUN Kota dalam Parlimen Rembau , PAS tidak
meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi DUN ini kerana jumlah
majoriti BN yang menang sebelum ini hampir 4000 undi, namun kebangkitan
rakyat di DUN Kota pada akhir-akhir adalah cukup luar biasa dan di luar
jangkaan.Ceramah yang diadakan di Bilik Gerakan Pekan Chengkau pada malam ini hanyalah ceramah kelompok, namun kehadiran pendengar dan penonton yang hadir adalah lebih ramai dari ceramah umum yang diadakan di sini sebelum ini.
Walaupun penceramah yang hadir pada malam ini bukanlah ceramah terkenal peringkat pusat, namun ianya tidak menghalang penduduk setempat untuk mendengar isu-isu yang dikupas oleh pemimpin Pakatan Rakyat setempat.
Antara yang hadir memberikan ceramah ialah Imam Haji Hoslan Hussein yang merupakan graduan Penjara Kajang, Hj Ghazali Mohd Shom calon PAS DUN Kota, Hj Kamarul Ridzuan Mohd Zain calon PAS DUN Chembong, Yusuf Tapar – Pemangku Cabang PKR Rembau dan Rozmal Malakan – Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau.
Lebih menambahkan lagi semangat para hadiri ialah apabila kelihatan ramai anak-anak muda menjadi petugas di UPU Pekan Chengkau ini.
"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan