19 April 2013
Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi dan penjawat tertinggi SPR adalah rasmi dan boleh diterima pakai.
Beliau berkata, SPR tidak pernah mengamalkan untuk mengeluarkan surat mengesahkan mana-mana parti atau calon khususnya DAP layak menggunakan lambang parti seperti pilihan raya sebelum ini.
"Mereka nak apa lagi, kita sudah kata mereka boleh guna lambang mereka. Ini adalah jaminan kita.
"Esok mereka datang awal, serah borang penamaan calon dan bawa sekali surat kebenaran daripada pemimpin tertinggi mereka untuk guna lambang DAP.
"Kita benarkan, kita akan proses, kita juga telah cakap perkara berkaitan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu perkara lain, kita bagi jaminan mereka boleh guna lambang mereka," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.
RoS tidak mengiktiraf ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dilantik dalam pemilihan pada 15 Disember lalu ekoran pertikaian yang berlaku selagi siasatan masih berjalan.
Semalam, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan DAP layak menggunakan lambangnya pada pilihan raya umum kali ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga berkata, pemimpin setiap parti politik perlu menaruh keyakinan dan kepercayaan ke atas SPR.
Katanya, SPR tidak akan melakukan sesuatu yang bukan menjadi amalan dan bukan diperuntukkan oleh undang-undang.
"Kita tak akan buat benda yang tak pernah dibuat, tak ada kehendak dalam undang-undang. Mereka (pemimimpin parti politik) kena percaya dan yakin pada kita," katanya lagi.
Muhammad Jundullah · Top CommenterDAP
tak payah buang masa untuk guna juga logo DAP..guna sahajalah logo
PAS..PAS pun dah berbesar hati memberi kebenaran atas semangat
setiakawan...walau SPR dan ROS beri kebenaran untuk guna logo roket,
tapi percayalah hari isnin umno bn akan kemukakan bantahan ke mahkamah
di seluruh negara. Keputusan mahkamah pasti memihak kepada umno
bn..waktu itu calon DAP menangis keluar air mata darah sekalipun dah tak
berguna. UMNO bn akan ketawa besar kerana menang percuma...punahlah
harapan rakyat malaysia yang ingin melihat PR ke putrajaya...ini semua
perangkap umno bn...waktu itu spr dan ros akan berkata " kami tiada
masalah untuk membenarkan dap guna logo roket, tetapi dalam masa yang
sama kami akur dgn keputusan mahkamah yang membatalkan pencalonan parti
DAP ".kita nak kata apa lg waktu itu!umno bn goyang kaki sahaja sbb
menang percuma! sekadar membayangkan senario yang lebih buruk supaya
berjaga-jaga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan