Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

DAP Sah Guna Logo PAS, KEADILAN


Posted on Friday, April 19 @ 20:04:09 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Berita Oleh: fairuzhafeez

"KUALA LUMPUR, 19 APR: Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengesahkan akan bertanding menggunakan logo PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei ini. Ini berikutan kegagalan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik notis terhadap DAP seperti yang dituntutnya, semalam.



Ketika dihubungi media, Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, keputusan itu diambil kerana ‘tiada tanda-tanda surat itu akan ditarik balik oleh ROS’.
 
“Kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak,” ujar beliau. ROS menghantar notis pada petang 17 April lalu mengatakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP tidak diiktiraf, walaupun pada paginya bersetuju menangguhkan siasatan terhadap DAP sehingga selepas pilihan raya umum.

Berikutan tindakan yang disifatkan bermotif politik itu, DAP pada sidang media di Ibu Pejabat DAP semalam; Setiausaha Agung PAS dan PKR bersetuju mengeluarkan watikah membenarkan penggunaan logo parti itu bagi membantu DAP yang teraniaya akibat kekalutan Barisan Nasional (BN).
 
– Roketkini.com
 

Tiada ulasan: