Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

15.4.13

Calon PKR S'gor diumumkan, termasuk Semenyih





Pertembungan tiga penjuru sudah terbayang di Semenyih apabila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya walaupun Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan hasrat yang sama.

Ketua Cabang Serdang Hamidi Haasan dinamakan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, sekali gus membuka kemungkinan berdepan dengan Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan selain calon BN.

PSM secretary-general S Arutchelvan at bar council forum 1Anwar bagaimanapun tidak mengumumkan kerusi lain yang sedang dalam pertikaian dengan PSM -- Kota Damansara yang disandang oleh Nasir Hashim -- kerana proses rundingan masih berjalan.

Bagaimanapun, terdapat pertukaran kecil apabila Setiausaha PKR Subang Manivannan Gowin akan bertanding di DUN Kapar dan Wong Chen akan mengggantikan Loh Gwo Burne di Kelana Jaya.

Penyandang kerusi Kapar P Manikavasgam bertukar ke kerusi DUN Bukit Melawati.

Sementara itu, Arutchelvan ketika dihubungi berkata, Anwar telah melanggar janjinya untuk tidak membuat pengumuman calon Semenyih sehingga mencapai kata sepakat.

"Mereka tidak tahu siapa sekutu dan musuh. Dan ini akan memberi kesan yang banyak di kerusi lain (yang dibincangkan) juga," katanya kepada Malaysiakini.

PKR bertanding di 11 kerusi Parlimen serta 21 DUN di Selangor.

Parlimen

Ampang: Zuraida Kamaruddin
Gombak: Azmin Ali
Hulu Selangor: Khalid Jaafar
Kapar: G Manivannan
Kelana Jaya: Wong Chen
Kuala Langat: Abdullah Sani
Pandan: Rafizi Ramli
Petaling Jaya Selatan: Hee Loy Sian
Sabak Bernam: Aziz Bari
Selayang: William Leong
Subang: R Sivarasa

DUN
Batang Kali: Ramachandran Kandasamy
Batu Caves: Amirudin Shaari
Batu Tiga: Rodziah Ismail
Bukit Antarabangsa: Azmin Ali
Bukit Lanjan: Elizabeth Wong
Bukit Melawati: S Manikavasgam
Dengkil: Borhan Aman Shah
Ijok: Idris Ahmad
Kajang: Lee Chin Cheh
Kota Anggerik: Yaakob Sapari
Kuang: Tengku Maraziah Tengku Sulaiman
Permatang: Yahya Mat Saari
Port Klang: Khalid Ibrahim
Rawang: Gan Pei Nei
Sementa: Daroyah Alwi
Semenyih: Hamidi Haasan
Seri Andalas: Xavier Jeyakumar
Seri Muda: Shuhaimi Shafie
Seri Setia: Nik Nazmi Nik Ahmad
Taman Medan: Haniza Talha

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami tetap akan sokong Azmin Ali walaupun dia memang beraksi dalam video coklat yang tersebar dalam berjuta handfon anak muda. Semalam kami terima video Anwar yang terbaru... itu dahsyat sebab dengan budak jantan.

Kami tetap akan sokong, sebab Azmin dan Anwar perihatin dengan golongan macam kami, terpinggir. Kami dari golongan pondan dan gay....


Hidup Nik Aziz, Hidup Azmin, Hidup Anwar.......