Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Calon DAP bawa dua watikah, tetap tuntut guna lambang roket

19 April 2013
GEORGE TOWN, 19 APR: Menjelang hari penamaan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 esok, calon DAP akan membawa dua watikah ke pusat penamaan calon.
Strategi itu berikutan kenyataan mulut pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kononnya tidak ada masalah bagi calon DAP menggunakan logo roket kerana parti DAP tidak diharamkan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media di Wisma DAP Pulau Pinang, petang tadi berkata, bahawa jaminan mulut ROS dan SPR itu tidak boleh dipercayai dan diterima. Oleh itu calon DAP akan bawa dua surat watikah ke pusat penamaan calon.

“Kita akan beri hak kepada calon DAP untuk lawan dan tuntut hak untuk guna logo roket. Tetapi jika tidak dibenarkan, kita guna logo PAS,” ujar Guan Eng mengulang keputusan untuk bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak.
“Cakap, kita mahu roket dulu, sebab ini simbol hati kita,” ujar Guan Eng dengan nada sayu lantaran taktik keji pihak tertentu yang cuba untuk membunuh DAP kerana takut kalah pada PRU-13.

Mengulas mengenai kenyataan SPR dan ROS yang kononnya membenarkan logo roket digunakan, Guan Eng berkata, “Ini bukan janji ditepati,” dan menambah bahawa sekiranya dihalang, calon DAP di Semenanjung akan menggunakan simbol bulan.

“Kita dipaksa, kita dianiaya, kita dinafikan hak menggunakan roket. Ini menimbulkan kemarahan rakyat, kerana BN main tipu, busuk hati Barisan Nasional, jahat BN!” katanya tegas lantaran suara ahli dan penyokong DAP yang amat marah dengan taktik jahat BN pada saat akhir ini.


Ditanya jika dibenarkan menggunakan logo roket, Guan Eng bersama-sama Pengerusi DAP, Karpal Singh menjawab bahawa seandainya itu berlaku, maka semua pusat penamaan calon mesti membenarkan semua calon DAP menggunakan logo roket. Dan sebaliknya jika dihalang, semua sekali akan menggunakan logo bulan PAS di Semenanjung dan mata PKR di Sabah dan Sarawak.

Guan Eng turut timbulkan kerisauan sekiranya ada pihak yang akan cuba meletakkan ramai calon bebas bagi mengelirukan pengundi daripada memilih calon Pakatan Rakyat.

Setakat ini, keputusannya ialah 51 calon Parlimen dan 103 calon DUN DAP akan mengemukakan surat watikah pelantikan membenarkan penggunaan logo DAP terlebih dahulu kepada pegawai SPR, dan sekiranya mereka tidak membenarkan, maka calon akan mengemukakan watikah kedua yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS atau Setiausaha Agung PKR.

ROS, di bawah kawal selia Kementerian Dalam Negeri  pada 17 April lalu mengemukakan notis tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang menyebabkan watikah rasmi kemungkinan tidak diterima sewaktu penamaan calon lantas menyebabkan logo roket tidak boleh digunakan.

PAS dan PKR semalam bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo keduanya yang menjadi rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

Tiada ulasan: