Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

19.4.13

Blog Pro UMNO Hentam Ghani Othman Jom Layan

Blog sanggahtokjanggut.blogspot.com

AKHIRNYA segala kebimbangan dan usaha sebahagian besar rakyat Johor agar kerajaan Negeri pimpinan Ghani Othman mempertahankan pegangan dalam Kentucky Fried Chicken (KFC) tidak dipedulikan malah keluh kesah dan denyut nadi mereka yang mahu terus berbangga terhadap KFC sebagai harta mereka hanya tinggal kenangan semata-mata.

Tanggal 14 Februari 2013 nanti berakhirlah pegangan Johor Corporation (JCorp) terhadap perniagaan Kentucky Freid Chicken (KFC) yang selama ini menjadi kebangaan rakyat Johor apabila Tripple Plate yang dikuasai oleh Zaki Zahid yang dilantik sebagai PemudahCara akan menjual saham dalam KFC sebanyak 51 % dan Jcorp sebanyak 30 % kepada CVC Capital dan jumlah jualan ini melibatkan pertukaran saham sebanyak 81% dan selebih bakinya dipegang oleh Jcorp dan KWSP.

Peringkat awalnya,Tripple Plate sebelum ini adalah gabungan tiga syarikat sebagai Pemegang Aamanah saham bagi oihak KFC apabila Suruhanjaya Sekuriti meluluskan penstrukturan semula KFC dan QSR Berhad yang akhirnya JCorp memegang saham KFC sebanyak 51 %.KWSP 25 % dab CVC Capital 24 %.

Namun sekarang saham tersebut telah dijual kepada Iskandar Water Front City sebanyak 30% manakala saham KWSP sebanyak 25 % itu dibeli semula oleh Jcorp dan dijual semula kepada CVC Capital sebanyak 25 %. CVC Capital dan Iskandar Water Front City adalah milik majoriti Lim Kang Hoo.Jadi siapa pemegang saham terbesar?Berapa peratus milik JCorp?Berapa peratus milik KWSP?

Hebat Zaki Zahid,dia buat duit jual atas jual dan adakah ini kita boleh panggil sebagai jenayah terancang?Ada pula orang kata,dimana ada Zaki Zahid maka pasti disitu akan ada penjualan aset.

Selain Zaki Zahid,siapa lagi yang mengaut keuntungan disebalik semua ini?Mustahil Tripple Plate sahaja yang meraih keuntungan dan yang pasti rakyat Johor semakin menanggung kerugian bila segala aset-aset mereka dicairkan untuk kepentingan-kepentingan individu tertentu.

Bayaran dari hasil penjualan sahama sebanyak 5 bilion telahpun siap sedia akan dibayar melalui CIMB Finance dan kita tidak tahu berapa pula komisen yang bakal diterima oleh Zaki Zahid yang jual atas jual ini dan juga telah berjaya mengawal minda MB Johor Ghani Othman untuk bersetuju melepaskan pegangan Jcorp dalam KFC kepada CVC Capital yang majoriti sahamnya dpegang oleh Iskandar Water Front City sebanyak 51 % dan baki pegangan saham dimiliki oleh seorang warga Britain.

Sebelum ini STJ pernah mendedahkan konspirasi disebalik skandal KFC ini dan diserang dalam komen dengan berbagai-bagai serangan tetapi akhrinya terbukti apa yang dibimbang dan diselusuri melalui tulisan terebut telah menjadi kenyataan,akhirnya rakyat Johor terlopong melihat KFC bukan lagi milik penuh JCorp ataupun kerajaan Malaysia.Tulisan sebelum ini boleh dibaca disini.

Kita harus mengucapkan tahniah kepada Ghani Othman,Zaki Zahid dan terutama sekali kepada Lim Kang Hoo kerana akhirnya berjaya meruntuhkan mercutanda pernigaan yang dibanggakan oleh seluruh rakyat Johor dan agenda Gahnai Othman ini dilihat bukan untuk mengkayakan orang-orang Melayu terutamanya di Johor tetapi lebih kepada mahu memiskinkan rakyat negeri itu.
Hebat Zaki jual atas jual..!
Ghani yang sedang menggunakan talian hayatnya untuk kekal lagi sebagai MB Johor dilihat langsung tidak memahami tentang denyut nadi rakyat.keresahan rakyat apabila beliau mengambil pendekatan menjual satu demi satu harta rakyat Johor kepada bangsa asing terutama sekali kepada Lim Kang Hoo,ahli perniagaan Cina yang sedang menguasai sebahagain besar pembangunan hartanah di Johor ketika ini.

Selepas KFC yang terlepas ini kita tidak tahu apa lagi harta-harta rakyat Johor yang akan dijual oleh Ghani kepada kroni-kroni tertentu dan adakah kerana Ghani menyedari bahawa tempohnya sebagai Menteri Besar Johor akan berakhir ataupun tidak dicalonkan semula untuk bertanding dalam PRU13 ini membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menjual segala harta-harta yang yang menjadi milik rakyat Johor termasuklah ifahamkan berates-ratus ekar tanah juga dijual kepada Lim Kang Hoo atas dasar kononnya untuk melakukan pembangunan di negeri tersebut.

Pun ada juga yang mendakwa walaupun sebahagian besar rakyat Johor menolak Ghani untuk dicalonkan semula dalam PRU13 nanti ataupun sebagai Menteri Besar Johor, Najib dikatakan masih berminat untuk mengekalkan beliau atas kepentingan individu serta kelompok-kelompok tertentu dan tindakan Najib ini disifatkan sebagai melawan arus dengan menolak desakan-desakan rakyat yang mahu kepimpinan Ghani ditamatkan ekoran kerakusan beliau mempergunakan kuasa sebagai Menteri Besar

Tahniah Ghani-Akhirnya Lim Kang Hoo kuasai KFC?
http://sanggahtokjanggut.blogspot.com/

Tiada ulasan: