IPOH:Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak hari ini mendedahkan calon BN di Dun Manjoi yang diisytiharkan oleh Pengerusi BN Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir semalam adalah ahli PAS.
Koordinatornya,
Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, calon tersebut, Muhammad Ziad
Zainal Abidin, 38, telah menyertai PAS pada tahun 1997.
Katanya, sehingga hari ini, menantu kepada Bekas Menteri Besar Perak,
Tan Sri Tajol Rosli Ghazali itu tidak pernah mengumumkan dirinya keluar
daripada parti.
Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat ahli serta penyokong Umno di
Manjoi tidak mengetahui tentang identiti Ziad termasuklah dirinya pernah
menyertai parti lawan.
Zaid katanya dikatakan baru aktif di bahagian Tambun dan baru sahaja dilantik sebagai bendahari bahagian tersebut.
"Persoalan timbul, adakah beliau sudah keluar daripada PAS?," soal
beliau ketika sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.
Hadir sama ahli jawatankuasanya, Salman Saleh, Ustaz Hakim Mohd Nor,
Safarizal Saleh dan Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri Al-Amin.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak menjelaskan, pencalonan
Ziad seolah-olah BN Perak ketandusan calon yang 'winnable candidate'
dari kalangan ahli serta pimpinannya.
Jelasnya, pihaknya turut mempersoal adakah BN Perak khasnya telah
menyemak latar belakang calon-calonnya sebelum mereka diberikan
tanggungjawab sebagai calon.
Ketika ditanya penglibatan Ziad di dalam PAS, Raja Iskandar berkata,
beliau tidak memegang mana-mana jawatan tetapi beliau banyak membantu
gerak kerja parti termasuklah ketika pilihanraya 2008 yang lalu.
Ujarnya, Ziad telah mendaftar keahliannya pada 5 Oktober 1997 dengan kaedah daftar terus bernombor 0441563.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan