Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.4.13

Adakah Mat Taib Yang Akan Sertai PAS?

Mat Taib didakwa tidak hadir program MubarakYang Dipertua Mubarak Negeri Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, beliau tidak dengar desas-desus tentang kemungkinan bekas Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib bakal menyertai Pas.

"Saya tidak tahu kedudukan sebenarnya,” kata Abu Hassan, ketika ditanya mengenai spekulasi bahawa Muhammad akan menyertai Pas.

Abu Hassan berkata, apa yang beliau tahu ialah Muhammad tidak menghadiri mesyuarat dan program anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor, walaupun pernah dilantik sebagai ahli Biro Politik majlis itu tahun lalu.

Mengulas mengenai kewajaran bekas menteri besar Barisan Nasional (BN) menyertai Pas, Abu Hassan menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi.

“Sesiapa yang pernah jadi MB dan pemimpin negeri atau negara atas nama BN atau Umno mestilah berterima kasih kepada Umno dan BN kerana kita telah lama bersama-sama dalam parti ini. Pada saya, ia tiada kewajaran,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Mubarak Selangor, Datuk Amzah Umar berkata, agak mustahil untuk percaya Muhammad akan menyertai Pas kerana tiada tanda jelas untuk dikaitkan dengan desas-desus itu.

-sinarharian.com

Tiada ulasan: