PKR
mendakwa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
membelanjakan lebih RM2 juta, sepuluh kali ganda perbelanjaan yang
ditetapkan untuk kempen di peringkat Parlimen, iaitu
RM200,000, dalam
pilihan raya umum lalu.
Parti itu memfailkan dua petisyen pilihan
raya, mendakwan Zahid terlibat dalam pembelian undi dan berbelanja
lebih dalam kempennya sebelum ini.

Dua
petisyen itu merujuk kepada video yang dimuat naik oleh Zahid sendiri
dalam laman rasmi, yang menyebut beliau merekrut 24,000 penyokong BN
yang juga pengundi tempatan di Badan Datoh, sebagai pekerja kempen
ketika bertanding kerusi Parlimen itu.
Beliau juga dalam video itu mengakui memberikan mereka
RM100 dan 5kg beras setiap seorang."...dia
kantoi," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan