P Rajjamah, 62, dengan linangan air mata hari ini menyerahkan memorandum itu kepada MP Batu Gajah V Sivakumar di pintu masuk Parlimen hari ini.
"Jawatankuasa khas parlimen perlu dibentuk bagi menyiasat pembunuhan ini bagi menentukan jika ia bermotifkan politik kerana ia melibatkan orang kenamaan," memorandum itu dipetik.
Calon PKR parlimen Tapah, K Vasantha Kumar yang hadir menemani Rajjamah menjelaskan mereka sebelum ini menghantar empat memorandum kepada ketua polis negara berhubung perkara itu namun tidak mendapat sebarang maklum balas memuaskan.
Menurutnya, sehingga hari ini 19 orang daripada PKR sudah dipanggil untuk soal siasat namun tiada seorang pun dari BN telah dipanggil bagi tujuan sama.
"Sehingga hari ini kita dah bagi empat memorandum kpd IGP, tetapi IGP tutup mulut," kata Vasantha yang menentang calon BN, Datuk M Saravanan dalam pilihan raya umum yang lalu.
Murugan yang ditemui mati selepas tiga hari dilaporkan hilang bermula 1 Mei lalu adalah pembantu keselamatan kepada Vasantha.
Mayat Murugan ditemui terapung dalam kolam berhampiran Batu Gajah, Perak dengan wajahnya dilaporkan mengalami kecederaan teruk, badannya dikelar dan tangannya diikat dengan kawat berduri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan