Suspek
wanita yang dikatakan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman
Facebooknya yang ditahan semalam, dibebaskan lapan jam kemudian.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Abdul Aziz Zakaria berkata polis masih menunggu empat lagi rakannya bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil memberi keterangan.
Semalam, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyebut pihaknya dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya mengesan dan menahan suspek hasil siasatan serta maklumat orang ramai.
Dalam satu kenyataan semalam, SKMM menyebut siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948.
SKMM turut meminta rakan suspek tampil bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan