Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.6.13

56 ADUN Johor angkat sumpah jawatan


 
Sebanyak 56 anggota dewan undangan negeri (ADUN) Johor hari ini mengangkat sumpah jawatan pada satu majlis di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Nusajaya.
Kesemua ADUN daripada BBN dan pembangkang itu mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Johor.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar DUN yang baharu dilantik Datuk Mohamad Aziz dengan didahului Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Terdahulu Mohamed Khaled mengemukakan nama bekas Anggota Parlimen Sri Gading itu sebagai Speaker DUN yang baharu dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga ADUN Mahkota, Md Jais Sarday.

Majlis diteruskan dengan sesi mengangkat sumpah Timbalan Speaker yang baharu, Datuk Baderi Dasuki, yang juga Adun Panti dan disusuli semua ADUN lain.

Mohamad, 72, pernah berkhidmat sebagai Adun Parit Yaani dari 1986 hingga 1999 dan pernah menggalas jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Kebajikan Masyarakat negeri Johor bagi tempoh 1990 hingga 1995.

Pada pilihan raya umum 1999 beliau menang kerusi Parlimen Sri Gading yang dipertahankannya pada pilihan raya 2004 dan 2008. Mohamad juga merupakan Timbalan Pengerusi Tetap Umno sejak 2008.

Sementara itu, dalam ucapannya Mohamad menyifatkan pelantikan berkenaan sebagai satu penghormatan dan berjanji akan mengendalikan persidangan DUN Johor sebaik mungkin.

Beliau turut berterima kasih kepada bekas Speaker Datuk Mohd Ali Hassan dan bekas Timbalan Speaker Datuk Osman Jais atas jasa kedua-dua mereka sepanjang mengendalikan persidangan penggal lepas.

Pada pilihan raya 5 Mei lepas, BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga apabila menang 38 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Daripada 18 DUN yang dimenangi pembangkang, 13 daripadanya DAP, empat (PAS) manakala satu daripada PKR.

- Bernama

Tiada ulasan: