Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

22.6.13

Isteri: Mereka pujuk saya tukar agama juga



4:25PM Jun 22 2013  
Seorang isteri beragama Hindu yang mencuri perhatian ekoran tindakan kontroversi suaminya mengislamkan dua anak mereka, mengaitkan pihak berkuasa agama dengan cubaan menukar agamanya juga.

S Deepa daripada Seremban, mengaitkan dakwaan insiden itu semasa dialog antara agama dengan Senator P Waythamoorthy di Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini, yang mana beliau mendakwa suaminya mengambil anak mereka dari sekolah pada 4 April lalu.

Deepa berkata, beliau kemudiannya mendapati mereka dibawa ke Pusat Dakwah Islamiah, Negeri Sembilan dan terus diislamkan.

Menurutnya lagi, beliau memberitahu ustaz di situ bahawa dia tidak memberikan kebenaran untuk anaknya bertukar agama.

"Ustaz itu berita saya untuk datang lagi esok dan mereka akan mengeluarkan surat pembatalan. Bila saya kembali esoknya, bukan sahaja tidak diberikan surat pembatalan, tetapi terdapat usaha memujuk saya untuk bertukar agama dan mereka berjanji memberikan bantuan kewangan," dakwanya.

Tiada ulasan: