Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.6.13

S'gor tubuh s'jaya siasat dakwaan penipuan p'raya


11:59AM Jun 20 2013  
Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan membentuk satu suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya yang didakwa berlaku di negeri berkenaan dalam pilihan raya umum ke-13.

Syarat dan terma rujukan suruhanjaya berkenaan serta senarai anggotanya akan diumumkan tidak lama lagi, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Penubuhan suruhanjaya  ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

“Kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan,” kata Khalid.

Katanya, suruhanjaya itu antara lainnya akan diurus oleh timbalan speaker DUN, Nik Nazmi Nik Ahmad yang akan mengangkat sumpah jawatan berkenaan esok.

Timbalan speaker DUN berkenaan akan bertindak sebagai penyelaras suruhanjaya berkenaan

"Kerajaan Selangor berpendirian bahawa penyelewengan pilihan raya adalah kesalahan serius yang boleh merosakkan sistem  demokrasi negara ini dan amat penting untuk kerajaan negeri menyiasat dakwaan itu bermula dari akar umbi," kata Khalid lagi.

Tiada ulasan: