Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata laporan polis mengenai dakwat kekal tidak akan cukup untuk mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13, kerana dakwat itu hanya satu elemen tambahan untuk proses pilihan raya.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata demikian bagi mengulas laporan polis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai dakwat kekal yang dibuat dalam tempoh tiga minggu selepas hari mengundi pada 5 Mei.
"Dia menggunakan isu dakwat kekal kerana Pakatan Rakyat kehabisan idea.
"Dakwaan Pakatan bahawa lebih 45,000 warga Bangladesh adalah pengundi hantu telah menjadi satu bahan ketawa kerana ia tidak masuk akal sama sekali," kata Wan Ahmad berkata seperti yang dilaporkan oleh portal berita, The Mole.
"Anwar membuat laporan polis dan mengarahkan penyokong-penyokongnya untuk melakukan perkara yang sama hanya kerana mereka mahu memastikan petisyen mereka akan disokong oleh sebab yang kukuh.
"SPR mengakui bahawa terdapat kes-kes di beberapa kawasan yang pekerja kita mempunyai beberapa masalah dengan dakwat. Tetapi seperti yang kita kata banyak kali, dakwat kekal digunakan sebagai satu elemen ditambah bagi mengelak pengundian berganda, "
Wan Ahmad juga berkata tidak ada cara untuk pengundi untuk membuang undi mereka dua kali kerana nama mereka akan diperiksa dan dipotong oleh kakitangan SPR dan ejen parti politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan