Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.6.13

Rafizi: Himpunan 15 Jun di Padang Merbok



Pakatan Rakyat akan menghantar notis kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pasukan polis hari ini untuk menyatakan niat mereka berhubung penganjuran perhimpunan 'Black 505' pada 15 Jun di Padang Merbok, Kuala Lumpur.
azlanPengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata, gabungan parti itu pada asalnya ingin mengadakan perhimpunan itu di Dataran Merdeka pada jam 2 petang pada tarikh berkenaan.

Namun, Pakatan mengambil maklum saranan dan peringatan daripada polis supaya mengelakkan dari berhimpun di Dataran, katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

"Namun, jika polis dan DBKL tidak kisah, kami ingin berhimpun di Dataran," katanya lagi.

Tambahnya, Pakatan memilih untuk berhimpun di Padang Merbok buat masa ini untuk mengelakkan rundingan demi rundingan yang mungkin akan melengahkan perhimpunan berkenaan.

Akta Perhimpunan Aman 2012 menetapkan penganjurkan memaklumkan mengenai perhimpunan berkenaan dalam tempoh 10 hari, selain permohonan bertulis dan pemilik kawasan yang menjadi medan perhimpunan terbabit.

Kedua-dua lokasi berkenaan – Padang Merbok dan Dataran Merdeka diuruskan oleh DBKL.

Tiada ulasan: