Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.09

Siapalah Karpal dan Nizar mahu menentang hak mutlak Sultan Perak.

February 13, 2009 by admin

Apabila Pengerusi DAP sendiri, Karpal Singh menyuarakan supaya Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya letaklah jawatan, itulah mesej sebenar dari orang lama parti pembangkang menyatakan sesuatu yang sudah lama terpendam dalam dirinya.

Mungkin sejak 16 September tahun lalu lagi di mana jauh di hati Karpal sebagai orang lama dalam politik tidak percaya dengan Anwar dan menyedari itu Anwar hanya membohong, bermain dengan ritorik dan memperbodohkan anggota parti Pakatan Rakyat.

Walaupun Anwar mengatakan itu adalah pendapat peribadi Karpal yang kononnya dalam keadaan tertekan lantas mengharapkan sokongan Lim Kit Siang membantunya meleraikan kekusutan antara Karpal dengan beliau, Kit Siang pun mungkin sependapat dengan Karpal kerana tiada gunanya bertuankan Anwar di Parlimen dan menjadi penasihat kepada pakatan mereka.

Boleh juga kita anggap kenyataan Karpal itu satu tayangan untuk mengalih pandangan orang ramai terhadap isu Karpal mahu menyaman Sultan Perak yang menjadikan kemarahan orang Melayu ketika ini. Tetapi hakikatnya ialah suara Karpal meminta Anwar letak jawatan itu samalah suara mewakili lebih 10,000 ahli dalam PR.

Apabila beliau terus mengulangi ungkapan itu, ia menggandakan lebih dari 50,000 orang yang setuju dan merasakan mereka sedang benar-benar diperbodohkan Anwar selama ini.

Namun begitu, Karpal tidak sama sekali bukan dari kalangan orang yang mulia, sebaliknya memperkenalkan dirinya sebagai rakyat negara ini yang sanggup mencemar dan menghina nama Sultan Perak yang menjadi panji pemerintahan yang dikawal oleh Majlis Raja-Raja yang tentunya turut sama terguris dengan tindakan Karpal itu.

Karpal dilihat sebagai anggota PR yang memegang jawatan Pengerusi DAP yang tidak cukup sifat dirinya sendiri yang sudah lama meninggalkan pemakaian budaya adat kaum Sikh – satu kaum paling minor di Malaysia ini. Tidak keterlaluan rasanya ramai yang mengatakan bahawa Karpal sudah lama menjalani hukuman dari tulah kaumnya sendiri yang menjadikan beliau tidak lagi mampu berdiri dengan kecacatan pada dirinya untuk menjadi pemimpin.

Penderhakaannya terhadap negara di mana bumi dipijak tidak menjunjung hormat institusi kesultanan Melayu yang sudah jelas termaktup dalam perlembagaan persekutuan tentang hak dan kuasa raja Melayu sepatutnya kerayatannya boleh dipersoalkan dan ia boleh dikenakan tindakan ISA.

Menganggotai parti pembangkang dalam negara demokrasi ini tidak pernah jadi salah pada mata seluruh rakyat Malaysia. Tetapi cuba mengocak, mengusik, menderhaka dengan raja Melayu secara tidak langsung, Karpal mengundang durhaka yang boleh diketogorikan sebagai penghasut.

Lebih lagi mempertikaikan kesahihan pemindahan dari PR ke BN setelah Sultan Perak menemui semua Exco PR yang telah menyatakan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PR dan sedia menyokong BN adalah sesuatu yang cukup jelas, PR sudah hilang kuasa memerintah.

Justeru itu, baginda tentunya tidak mahu persengketaan berlaku dalam persidangan khas sepertimana dimohon Datuk Seri Ir Nizar untuk berhadapan dengan undi tidak percaya kepada beliau dalam Dewan Undangan Negeri kerana undi tidak percaya boleh ditolak mentah-mentah oleh Speaker DUN sedangkan Negeri Perak sudah jelas tidak berjaya ditadbir dengan berhemah dan banyak pertelingkahan berlaku antara parti dalam pakatan yang semakin rapuh.

Ahli Dewan Undangan dari Pakatan Rakyat sudah semakin ramai tidak tahan lagi dengan karenah PR yang berlaku dan merasakan tidak ada gunanya mereka terus menyokong pakatan yang sudah ternyata lemah itu. Hikmahnya apabila ADUN PR sendiri yang menyeberang (bukan lompat sepertimana dakwaan sesetengah pihak) ke BN adalah satu langkah menyelamatkan Negeri Perak disalah tadbir atas kelemahan pemimpin PR sendiri..

Maka tidak syaklah tindakan Sultan Perak itu wajar dan tidak boleh dipertikaikan lagi oleh mana-mana pihak semata-mata bagi memberi keselesaan kepada rakyat semua kaum di Negeri Perak menikmati pemerintahan yang lebih sistematik Barisan Nasional.

Sultan sedar rakyatnya gelisah, tengelam punca dan banyak perkara tertangguh atas sifat pemerintahan yang ‘banyak kepala’ menyebabkan Nizar seperti kuda tunggangan memerintah tanpa haluan.

Sikap Nizar yang juga akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Menteri Besar baru, Datuk Dr. Zamry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah kononnya sedangkan beliau tidak lagi meletak jawatan adalah satu kerja sia-sia kerana Sultan Perak telah pun bertitah bahawa kalau Nizar tidak letak jawatan, dengan sendirinya jawatan itu dianggap kosong dan DUN Perak terbubar dengan sendirinya.

Kalau Sultan tidak ada hak terhadap negeri di bawah pemerintahannya, siapalah Karpal dan Nizar yang dengan bongkaknya menentang titah Sultan Azlan Shah yang juga mempunyai pengetahuan mendalam tentang undang-undang tubuh Negeri Perak sebagai pemegang hak mutlak Sultan.

Oleh Zabidi Noor