Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.09

AMKWP Sedia Gerak Jentera Pilihanraya



Untuk Kembalikan Hak Rakyat,

Friday, February 13 @ 10:00:00 MYT oleh TokPenghulu


Oleh amkwp.blogspot.com

Kuala Lumpur, 11 Februari 2009 : Ketua AMK Wilayah Persekutuan (AMKWP) hari ini menyatakan bersedia untuk menggerakkan jentera pilihanraya AMKWP bagi membantu gerak kerja pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau seiring dengan jentera pilihanraya rakan rakan lain dalam pakatan rakyat.

Situasi politik terkini negeri Perak akibat rampasan kuasa oleh BN diyakini akan bertambah panas dengan kosongnya kerusi Parlimen Bukit Gantang akibat kematian penyandangnya dari PAS. PRK Bukit Gantang akan memberi gambaran terhadap sokongan sebenar rakyat terhadap pilihan mereka untuk menerajui pentadbiran negeri secara demokrasi.

Jentera pilihanraya AMKWP akan digerakkan membantu kempen kesedaran kepada rakyat yang masih belum jelas dengan keadaan semasa terkini seperti mana dilakukan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang lalu.AMKWP berharap untuk mengukuhkan sokongan pengundi terutamanya para pengundi muda.

Mengulas mengenai gesaan boikot media arus perdana yang tidak profesional melaporkan berita , Ketua AMKWP, Sdr Hj Md Zaman Md Tasi sekali lagi meminta penyokong pakatan rakyat agar menjadi benteng pelindung rakyat daripada berita tidak tepat berniat jahat ini.

Ujarnya lagi, tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang merampas berpuluh ribu naskah Suara keadilan dan Harakah di pasaran menunjukkan kerajaan Barisan Nasional cuba menutup mata rakyat dari sumber berita yang sebenar. Tindakan terdesak mereka menunjukkan siapa sebenarnya pengkhianat negara.

Untuk kedua dua pilihanraya kecil yang bakal berlangsung, AMKWP akan memastikan rakyat diberikan maklumat dan berita yang sahih seterusnya turut sama memboikot media arus perdana dibawah kawalan kerajaan barisan nasional.

--
Salam Reformasi Dari :

Moderator.
amkwp.blogspot.com

Tiada ulasan: