Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

12.2.09

DAP anggap salah guna kuasa

IPOH: DAP Perak hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung keputusan Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir melantik tiga penasihat kepada Menteri Besar yang didakwa oleh parti itu sebagai salah guna kuasa.

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, berkata pelantikan itu dibuat tanpa kelulusan exco kerajaan Perak dan juga melanggar peruntukan undang-undang tubuh negeri.

Semalam Zambry mengumumkan pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam penasihat Hal Ehwal Masyarakat India dan Datuk Mohd Najmuddin Elias sebagai penasihat Hal Ehwal Agama.

Beliau juga mengumumkan pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak.

Mereka bukan bertaraf exco tetapi akan menikmati kemudahan sebagai seorang exco.

“Segala tindakan Datuk Zambry yang membawa implikasi kewangan kepada kerajaan negeri adalah tidak sah dan boleh dipandang sebagai satu bentuk penyelewengan dan salah guna kuasa,” kata Nga.

Harian Metro

Tiada ulasan: