Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.2.09

Peluit Selalu berpesan

Anak-anakku...
berpada-padalah dalam menongkah hidup ini
jangan terlalu baik nanti orang pijak kepala kita
jangan terlalu beralah orang akan rampas hak kita
jangan berlebihan ianya akan membazir
membazir itu saudara kepada syaitan...

Tengakkan yang hak!
martabat diri jangan diinjak orang
tak salah sesekali kita mengamok
amok pada tempatnya!
apatah lagi jika memang orang perlekehkan kita

Kita sesekali perlu menjadi seorang penyedar
menyedarkan mereka yang ego
sebab dalam dunia ini kita semua adalah sama
hamba kepada Dia Nan Esa

Jangan kita jadi hamba wang
jangan kita jadi hamba kerja
jangan kita jadi hamba manusia
cukuplah kita jadi hamba kepada
Dia Nan Esa

Anak-anakku
Kita jangan sesekali menghina orang
jangan sesekali mengaibkan orang
takutnya nanti kita yang dihina
aibnya kita dihebah orang...

Jangan stres sangat jika kita dimalukan
sebab hidup ini bagaikan putaran roda
ada pembalasan ... jika pun tidak dunia
kita akan ketemu di hari pembalasan nanti

Sabar-sabarkanlah diri anakku!

Tiada ulasan: