Dilulus terbit pada Friday, February 13 @ 08:30:00 MYT oleh TokPenghulu
Oleh cheGuBard
Semalam cheGuBard mendapat perbagai reaksi mengenai komen yang tersiar dalam Sinar. cheGuBard ditanyakan oleh wartawan Sinar mengenai komen YB Karpal Sigh yang menyarankan YB Anwar Ibrahim harus tidak pimpin PAKATAN dan dalam komen yang sama YB Karpal menyerang juga YB Lim Kit Siang.
cheGuBard memberikan komen dengan sedar dan hormat mengenai sumbangan Karpal dalam pembinaan negara Malaysia dan sebagai pejuang demokrasi sekian lama.
cheGuBard menegaskan cara dan waktu Karpal memberikan komen yang sememangnya beremosi amat mengecewakan. Cara beliau mengkritik teman DAPnya juga menunjukkan beliau mungkin ada masalah 'dalaman DAP' jesteru itu wajar beliau selaku Pengerusi DAP menyelesaikan masalah dalam itu dahulu.
PAKATAN tidak diterajui sesiapa. PAKATAN diterajui oleh sebuah badan yang dipanggil Majlis Presiden yang dianggotai oleh2 atau 3 kepimpinan tertinggi semua parti gabungan. Di situlah semua keputusan dibuat secara musyawarah dibuat.
Selain itu ada sebuah seketeriat tetap yang dianggotai oleh mereka yang ditetapkan oleh parti masing masing dan disinilah semua gerak kerja PAKATAN disusun dan dilaksanakan.
Maka ini tidak timbul Anwar memimpin dan membawa PAKATAN ke arah yang salah kerana semuanya diputuskan bersama. Namun PAKATAN juga menghormati pandangan mana - mana parti ataupun pemimpin parti, secara mewakili parti atau individu itu sendiri.
Dalam isu melompat parti ini ditegaskan pelawaan Anwar Ibrahim terhadap pemimpin termasuk Ahli Parlimen atau Adun Bn dibuat secara terbuka tanpa tawaran jawatan dan harta. Malangnya budaya memancing menggunakan ugutan dan tawaran wang dan pangkat ini sememangnya sudang berakar dalam Bn.
Tidak ingatkah Karpal Sigh mengenai bagaimana Lee Lam Thye yang termakan pancing Bn lalu keluar DAP dan memasuki dunia 'aktivis berbayar' kononya kerana mempunyai masalah dalaman DAP. Lupakah Karpal dengan Tiger Lee yang makan pancing Bn keluar DAP masuk Bn ketika menjadi ADUN DAP Temiang (NS) dua penggal lepas atau ADUN DAP Bahau yang lompat masuk MCA meninggalkan Antony Loke keseorangan sebagai pembangkang dalam dewan undangan Negeri Sembilan pada penggal lepas.
Dalam PAS juga seorang hebat satu ketika dikenali sebagai Ust. Nakhaie juga mampu keluar PAS bersama dengan Bn.
CheGuBard juga ketika susah benar dihimpit perbagai masalah dan pada ketika PARTI KEADILAN NASIONAL digelar parti nyamuk bertanding melawan gergasi yang dikenali sebagai pada masa itu bakal MB Negeri Sembilan pernah ditawarkan dengan wang yang amat banyak oleh seorang 'Datuk' wakil calon Bn namun alhamdunillah masih diberi kekuatan menolak.
Begitu juga rakaman penghormatan kepada Arumugam, bekas ADUN Bukit Selambau yang diugut selepas gagal diperdaya dengan tawaran oleh Bn. Tidak sanggup dengan ugutan akhirnya dengan maruah beliau meletakkan jawatan. Bn mungkin kata isu lompat ini dibawa Anwar dan Bn menyatakan masa Kelantan lebih satu kerusi mereka tidak ganggu pun. Itu cerita bohong ketika Kelantan lebih satu kerusi Bn gagal beli tetapi usaha ugut dan tawar tetap berlaku. Buktinya keratan media pendedahan Cikgu Ya.Seorang Adun Pas kawasan Kemuning, Machang, Zakaria Yaacob atau cikgu Ya yang pernah ditawarkan wang RM5 juta untuk meninggalkan Pas.
Tetapi kerana sayangnya Zakaria kepada Pas beliau tidak menerima wang itu. Zakaria lebih menyanyangi perjuangan dan menjaga selamatan kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menjaga kepentingan dirinya.
Saya masih ingat kata-kata Zakaria yang dinukilkan dalam laporan muka depan akhbar Siasah keluaran Mac 2006; "Saya tidak akan menukar perjuangan saya. Prinsip saya dan maruah saya. Tidak akan saya gadai dengan wang ringgit. Saya dibesarkan dalam perjuangan Islam, di universitidulu pun saya terlibat dengan gerakan Islam, jadi tidak mudah untuk memperdayakan saya,”
Itulah sebaris kata-kata yuang menjadi azimat dan benteng menyelamatkan akidah perjuangan Zakaria. Sudah pasti kalau beliau tidak memiliki kekuatan dan keyakinan itu Zakaria juga akan jadi kabur mata dan menerima rasuah sebanyak RM5 juta. Wangt sejumlah itu boleh menghidupkan Zakaria dan seluruh keluarganya untuk bertahun-tahun.
Betapa kalau beliau bersedia mengkhianti parti, dengan meneriam wang sebanyak itu, lari untuk menyertai Umno kerajaan Pas pimpinan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz ketika itu juga turut tumbang bagaimana berlaku di Perak kini. Kelantan juga akan jadi hurhara.
Alhamdunillah semalam dilaporkan pemimpin DAP sudah duduk semeja dan bersetuju mengenepikan berpezaan kecil demi perjuangan yang besar. Sila klik untuk baca lanjut.
Maka isu tersebut dianggap selesai. Mengenai isu menyaman Sultan Perak itu merupakan hak peribadi Karpal Sigh.
Hak peribadi Karpal Sigh ini wujud ekoran pindaan perlembagaan yang dibuat oleh Umno ketika di bawah Pimpinan Dr. Mahathir.