Dilulus terbit pada Tuesday, February 10 @ 12:19:27 MYT oleh TokBatin
Oleh professor
"Prof bukan lah seorang kontraktor dan tidak terlibat dalam sektor pembinaan , dan tidak lah mahir sangat hal – hal berkaitan dengan bidang pembinaan ni. Tetapi , tidak lah jahil sangat tentangnya.
Mula – mula nak bina satu – satu bangunan , kita kena jumpa arkitek atau paling kurang pun pelukis pelan , bagi membuat lakaran sesabuah bangunan tu , kita nak buat 1 tingkat ke , 2 tingkat ke atau banyak mana tingkat pun , semuanya atas arkitek tersebut.
Ada kes , seorang billionaire membina bangunan , atau lebih tepat rumah dengan ketinggian 27 tingkat berharga RM 6,600,000,000.00 [ dibaca RM 6.6 billion ] Itu terpulang kepada kemampuan kita lah.
Kaya betul dia tu , macam lah pembesar – pembesar umno rumah – rumah dia orang ni besar –besar belaka , dan layak dipanggil istana. Yang lagi syoknya bukan 1 , tapi 2 bahkan bersepah – sepah di merata tempat , tak cukup dalam negara , kat luar negara pun banyak juga , pendik kata seluruh dunia lah, macam Pak Lah lah , katanya ada istana kat Australia. Betul ke ???
Begitu juga ,ada kes tidak lama dulu , ada pembesar umno ,yang katanya tak reti cakap orang putih , bawa duit tunai nak pergi beli hartanah , barangkali rumah lah tu ,,,,hebat – hebat dia orang ni , dia orang lagak macam nak beli ikan dan sayuran kat Pasar Borong Selayang tu , bawak duit dalam kocek je.
Agak – agak tuan/puan lah , macam mana tokoh umno tadi nak berurusan dengan penjual hartanah kat Gold Coast tu , barangkali guna bahasa isyarat saje le nampaknya.Begitulah kayanya pembesar – pembesar umno ni !!!
Prof hanya mampu membina sebuah rumah banglow 2 tingkat untuk keluarga 5 orang , dengan 4 bilik. Itu dah cukup , kat KL ni mahal – mahal belaka , itu pun semput nafas nak bayar bulan – bulan.
Mahathir
Kejayaannya memaksa Tun Husein Onn mengaku tidak sihat dan sakit seterusnya melepaskan jawatan PM tahun 1981 , haruslah dikenang oleh sekalian orang – orang umno dulu , kini dan selamanya.
Pada ketika itu , dengan dasarnya yang membuka pintu seluas – luasnya keahlian , kepada tokoh – tokoh korporat , ahli – ahli perniagaan dengan harapan dan kononnya untuk memperkukuhkan parti umno , disambut dengan girang sekali oleh ahli – ahlinya , bahkan juga para pemimpinnya.Ya lah , untuk memperkukuhkan parti , kenapa tidak kan?
Mungkin tidak ramai yang dapat meneka , meramal dan mengagak apa yang berlaku hari ini , adalah kerana tindakan Mahathir 27 tahun dahlulu.
Macam – macam hal dah berlaku dalam umno kini. Ini semua hasil kerja tangan Mahathir sebagai seorang Arkitek dan Juruperunding , yang katanya awal – awal dulu untuk memperkuatkan parti itu , tetapi dalam hal ini ialah untuk meruntuhkannya.Pelik kan ???
Biasanya Arkitek dan Juruperunding ni kerjanya untuk ‘design’ bagi menguatkan lagi ,dengan cadangan – cadangan yang hebat , teknologi terkini , inovasi dan idea – idea baru , supaya ia tahan gempa bumi , tahan tsunami , tahan ribut dan taufan.
Hal yang sebaliknya terjadii dalam umno.Tuan/puan dah tahu semuanya kan ???Tahniah Mahathir !!!!
Najib
Pelan Tindakan yang disediakan oleh Mahathir gagal disempurnakan oleh Pak Lah , yang mengambil alih pemerintahan 2003 lalu , kerana ada orang cakap dia ni cukup kuat tidur. Tempoh 4 tahun , Pak Lah hanya mampu buat projek air liur basi saja.
Nafsu serakah Najib juga serupa dan sama dengan Mahathir , tak boleh ditahan – tahan , umpamanya juga macam dulu – dulu ada di sebuah negeri tertentu , seorang tokoh dan pembesar umno , tidak boleh melihat anak dara , geloranya mencacak naik , hatta ada orang berkata – kata kalau anak lembu pun , yang dipakaikan skirt , tapi kena dressing nampak seksi sikit , tokoh tadi pun tidak akan melepaskan peluang yang terhidang.
Huh teruknya perangai dia orang ni !!!!
Kesian kat Pak Lah , tak sempat nak mengumpul kekayaan untuk anak dan menantu , kalau dapat pun tidak lah sebanyak yang Mahathir kumpul , selama 22 tahun, itu kata orang lah , bukan prof yang kata.
Prof rasa Mahathir mungkin tak sempat kumpul apa – apa , sebab kalau tidak tak kan dia Cuma mampu buka kedai roti john je kat Langkawi. Apa ???? dia ingat rakyat bodoh ke ????
Tempoh Pak Lah jadi PM dirasakan Najib terlalu lama , tak sabar rasanya untuk menunggu mac’09 , walaupun tinggal beberapa hari lagi. Slow sangat Pak Lah ni !!!
Kita dapat melihat , tindakan tekan menekan , paksa memaksa , kutuk mengutuk , antara Pak Lah dan Najib ni , yang akhirnya tarikh keramat ditetapkan
Kita juga dapat memerhatikan , betapa gelojohnya Najib dalam bertindak , kejam , ganas dan zalim , seperti mana kata DSAI dalam satu ceramah , ianya akan menjadi lebih ganas , lebih kejam dan lebih jahat.Itulah yang terjadi di Perak.
Maka , mungkin boleh lah dikatakan Najib layak untuk menjadi kontraktor utama , memyempurnakan kerja – kerja yang ditinggalkan Mahathir bagi meruntuhkan umno.
Kesian sungguh kat veteran umno dan ‘think tank’ lamanya , yang siang malam menyeru supaya meyelamatkan umno , tetapi tidak didengari dan dipedulikan oleh Najib.
Maka sempurnalah sebuah keruntuhan dan kehancuran . UMNO sudah terlalu sukar untuk diselamatkan lagi. Walaupun hari ini Najib beranggapan beliau masih mempunyai cadangan – cadangan untuk menarik balik sokongan rakyat kepada kerajaan dan partinya , tetapi sebaliknya berlaku pula keadaan di mana rakyat , semua kaum begitu nekad dan bersungguh – sungguh untuk menghukumnya dalam PRU13 nanti
Malang nasib mu UMNO !!!!
Catatan
Kesian kat Rais , dia baru nak masuk tender , tapi Najib sebagai Menteri Kewangan dah buat ‘direct nego’. Tak ade rezeki Rais Kaya
"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan