Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.2.09

Lompat Parti Perlu Ada Akta




Dilulus terbit pada Wednesday, February 11 @ 14:30:00 MYT oleh TokBatin


Oleh peluit

"Sudah tiba masanya pucuk pimpinan kita berfikir secara rasional agar ada akta khas yang perlu diperuntukan bagi mana-mana pemimpin yang asyik melompat parti.

Ini difikirkan amat perlu lantaran tanpa akta yang jelas; agenda melompat parti akan pasti membuatkan politik tanah air kita semakin kotor. Keselamatam & keamanan negara boleh tergugat.

Tidak salah jika seseorang pemimpin itu mahu melompat parti tetapi bukan sewenang-wenangnya membawa kuasa politik atau kuasa undian rakyat dalam Pilihanraya Umum hilang & sia-sia.

Langkah terbaik jika ujud pemimpin yang tidak jujur atau ikhlas perjuangannya ini Ketua Menteri dengan perkenan Sultan secara mutlak perlu mengosongkan kerusi pemimpin tersebut & mengadakan Pilihanraya Kecil. SPR pastinya bersedia mengadakan Pilihanraya Kecil. Sementelah memang itulah kehendak rakyat marhaen.

Tanpa Pilihanraya Kecil seorang pemimpin yang melompat parti itu tidak berhak menjadi ADUN atau Ahli Parlimen semasa beliau dipilih oleh rakyat di Pilihanraya terdahulu. Akta ini perlu jelas.

Dengan sewenang-wenangnya melompat ke parti lawan pastinya akan menimbulkan perbagai krisis yang kronik. Begitu juga jika bertukar ke parti bebas ianya akan pasti mengakibatkan hilang kuasa bagi parti yang memerintah.

Mantan PM pun PM terkini juga pernah melompat parti tetapi ianya tidak sampai pakatan sehebat krisis politik di Perak minggu lalu.

Kita pun satu tak anggap politik itu satu penentuan halatuju agama kita. Bak peperangan jihad fisabilillah; apa hukumannya jika seseorang pemimpin itu lari dari peperangan jihad fisabilillah?

Maka itu kita tidak kisah pun akan sejarah pun kepribadian pemimpin yang kita undi.

Perlulah diingat bukan sedikit wang rakyat digunakan setiap kali Pilihanraya Umum. Kenapa tidak bersabar bertukar parti dalam tempoh lima tahun. Jika hari ini rakyat Perak ramai yang kecewa atas sikap pemimpin yang mereka melompat parti ini. Esok lusa bukan mustahil rakyat negeri lain akan merasai betapa demokrasi semakin pudar lantaran sikap pemimpin kita yang tidak kenal apa itu perjuangan.

Jangan hairan suatu ketika nanti; rakyat marhaen akan malas keluar mengundi. Payah kita mahu mengesan jujurnya di jiwa pemimpin kita yang mengaku dia setia pada parti. Entah-entah sebelum pilihanraya lagi dia telah merancang mahu melompat parti, memang telah ada agenda yang tersembunyi. Musang berbulu ayam.

Peluit: Sekadar orang biasa.

Tiada ulasan: