Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

25.2.09

Sultan S'gor serah pada MB

Feb 25, 09 11:22am
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, lapor Bernama.

"Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.

"Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh SultanSelangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk ela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul halid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha ulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada aginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga
EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat
bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

20.2.09

Jins Shamsuddin Antara Calon Parlimen Bukit Gantang

Dilulus terbit pada Friday, February 20 @ 18:00:42 MYT oleh TokPenghulu


Oleh addin77

"
Berita terkini yang kami terima hari ini ialah perihal Hero filem, Bukit Kepong, Jins Shamsuddin yang dikatakan antara nama yang disebut-sebut termasuk dalam senarai cadangan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Perak, pada 7 April depan.

Jins atau nama penuhnya Tan Sri Mohamed Jins Shamsuddin, 74, yang juga seorang senator, menjadi sebutan sebagai calon berikutan beliau adalah anak jati Taiping, selain pernah terbabit dengan Biro Ekonomi Umno Bahagian Bukit Gantang.



Menurut Jins beliau sedia memikul tanggungjawab itu seterusnya sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan jika menang. “Bagaimanapun, jika kepemimpinan BN berpendapat ada calon lain yang lebih layak daripada saya, pilihlah calon itu,” katanya. Beliau berkata, apa yang penting ialah memastikan BN diterima penduduk dan memastikan parti itu menang pada pilihan raya kecil itu.

Jins juga berkata, sebagai anak jati kawasan berkenaan dan menganggotai Umno sejak 1959, beliau juga kerap berhubungan dengan Umno bahagian berkenaan. Jins memasuki Sekolah Kebangsaan Melayu Changkat Jering sebelum meneruskan pengajian menengah di Sekolah King Edward VII di Taiping. Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, dilaporkan berkata, BN memutuskan meletakkan anak jati kawasan Bukit Gantang sebagai calon kali ini.

Nampaknya UMNO dan BN Perak kini kemaruk benar untuk menang dan terpaksa meletakkan artis terbabit sebagai calon kali ini. Jika benar Jins terpilih, memang tidak syak lagi beliau bukanlah hero filem "Bukit Kepong" yang selama ini kita puja-puja sangat. Ini kerana beliau kini adalah pengkhianat dan sudah menjadi "tali barut" kepada "dasar penjajah" yang memerintah negara ini.

Sia-sia kita menjadi peminat beliau selama ini, bila akhirnya beliau sanggup bersekongkol dengan puak-puak UMNO dan BN yang jelas telah merosakkan agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Justeru itu buat para pengundi di Parlimen Bukit Gantang, maka bersedialah untuk "mengepung" dan "menghumbankan" Hero Filem Bukit Kepong ini di sana. Biar beliau tahu hero filem Bukit Kepong tidak setanding dan sehebat Panglima Bukit Gantang.

Jins harus berfikir sebelum melakukan tindakan, Umurnya juga sudah 74 dan bila-bila sahaja akan meninggalkan kita. Janganlah menderhaka kepada rakyat dengan beriya-iya benar untuk menajdi calon BN di Bukit Gantang. Kelak nanti anda akan disumpah menjadi "batu" macam filem "Si Tanggang" dulu. Apapun hanya rakyat Bukit Gantang yang layak menentukan siapakah pemimpin yang wajar membela mereka. Jins Shamsuddin hanya menjadi hero dan pembela di dalam filem sahaja, tetapi bukan di luar filem. Fikir-fikirkanlah !!.


http://addin77.blogspot.com/
"

Saranan henti boikot Produk AS, Israel bukti kempen kita berjaya

Dilulus terbit pada Friday, February 20 @ 15:45:48 MYT oleh TokPenghulu


Oleh hermansamsudeen

"
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) melahirkan rasa kesal terhadap kenyataan dan sikap yang ditunjukkan oleh Ketua Eksekutif JCorp, Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang mendesak rakyat Malaysia menghentikan boikot produk AS dan Israel.

Kami sedar bahawa beliau tertekan kerana Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya QSR Brands Malaysia Berhad yang memiliki rangkaian restoran Pizza Hut dan pemegang saham terbesar KFC Holdings Malaysia Berhad mengalami kerugian setelah kempen boikot dilancarkan.



Motif keuntungan dan Jihad Ekonomi yang dilaungkan beliau menjadi modal untuk mendesak kempen ini dihentikan.


Sewajarnya beliau sebagai seorang Islam memahami kepentingan boikot ini dan mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap kematian ribuan umat Islam Palestine.

Beliau sedar bahawa rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut merupakan antara penyumbang terbesar kempen zionisme Israel yang ditaja oleh Amerika. Saban tahun Amerika akan memberikan dana tidak kurang dari 2 billion untuk Israel meningkatkan keupayaan persenjataannya sekaligus mempergunakannya untuk menindas unmat Islam Palestine.

Kami tidak menafikan bahawa akibat kempen boikot ini banyak cawangan restoran Pizza Hut dan KFC yang rugi, malah ada yang bakal ditutup. Ramai juga kakitangan yang diberhentikan.

Sudah sampai masanya JCorp mewujudkan jenama baru

Walaubagaimana pun, JCorp sewajarnya melakukan inovasi dan penstrukturan dalam senarai perniagaan mereka. Jika benar JCorp mempunyai rasa kebertanggungjawaban terhadap masa depan rakyat yang kehilangan kerja, mereka seharusnya menyusun pelan peralihan dan rancangan perniagaan baru.

Dengan sumber yang ada dan pengalaman yang luas, sewajarnya rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut dibubar segera. Rangkaian ini boleh dihidupkan kembali dengan mewujudkan rangkaian jenama dan produk makanan segera tempatan yang lebih mencerminkan sikap serta identiti rakyat Malaysia. Kita tidak selamanya perlu bergantung pada jenama luar bagi memajukan ekonomi kita.

Saban tahun negara kita terpaksa membayar billion ringgit kerana menggunakan jenama dan produk yang diambil dari luar negara khususnya Amerika.

JCorp sepatutnya sudah matang dan mampu membina produk dan jenama sendiri.

Pemudawilayah juga melihat bahawa produk makanan berjenama tempatan juga tidak kurang hebatnya. Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown, SugarBun dan juga Radix FC yang kian berkembang membuktikan bahawa jenama tempatan juga masih boleh diterima ramai. Malah kewujudan rangkaian ini juga memberikan peluang kerja untuk rakyat tempatan.

Jika JCorp mahu melaksanakan cita-cita ‘Jihad Ekonominya’ inilah peluang untuk mereka turut sama bergabung dalam membantu menaikkan jenama tempatan.

Jihad Ekonomi KFC dan Pizza Hut, Bunuh Umat Palestine

Jihad bukan sekadar menuntut kita mengaut untung dan mengkayakan umat Islam, tapi ia juga menuntut untuk kita menyelamatkan akidah dan juga kehidupan umat Islam lainnya, khususnya di Palestine. Apa guna kita kaya di Malaysia ini sedangkan saudara seagama kita mati dibunuh di Palestine.

JCorp memberikan sumbangan pada mereka untuk mendapatkan makanan tapi dalam masa yang sama, JCorp juga menyalurkan bantuan kewangan kepada induk KFC dan Pizza Hut yang akhirnya digunakan untuk membeli peluru membunuh saudara kita.

Dimanakah hati dan perasaan pihak pengurusan JCorp yang sanggup mengadai umat Palestine untuk ‘Jihad Ekonomi’ yang hanya menguntungkan segelintir pihak sahaja.

Bantahan rasmi akan dibuat

Pemudawilayah memandang serius sikap yang ditunjukan oleh pengerusi JCorp ini dan satu memorandum akan dihantar untuk memperingatkan mereka akan kesengsaraan umat Palestine lantaran sikap mereka itu.

Terpulanglah jika mereka mahu terima saranan itu. Jika pada pandangan mereka, JCorp berhak menjual produk Amerika itu terpulanglah. Tapi mereka juga kena ingat bahawa kami dan seluruh rakyat yang prihatin juga berhak untuk memboikotnya.

Pemudawilayah juga mengesa agar seluruh organisasi Pas dan NGOs yang menyokong kempen ini menghantar memorandum bantahan kepada setiap Pengurus rangkaian restoran KFC dan Pizza Hut yang ada dalam kawasan mereka mulai hari ini.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan

"

19.2.09

Speaker Kedah pertahan Sivakumar




Feb 19, 09 5:02pm
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail berkata rakan sejawatannya di Perak, V Sivakumar, berhak untuk menggantung serta melarang menteri besar Perak dan enam exco kerajaan negeri itu daripada menghadiri sidang dewan sekiranya mereka melanggar peraturan dewan.

"Yang paling berkuasa dalam konteks peraturan dewan adalah kita (Speaker) dan dia (Sivakumar) boleh mengambil apa-apa tindakan yang sesuai," katanya, lapor Bernama.

Beliau memberitahu demikian di Alor Star hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan Sivakumar menggantung Zambry dan enam anggota exco itu antara 12 bulan dan 18 bulan berkuat kuasa serta-merta.

Ketika ditanya mengenai kesan akibat tindakan Sivakumar itu, Abdul Isa berkata pelbagai perkara boleh berlaku kerana bilangan wakil rakyat dari Barisan

Nasional dalam DUN Perak akan berkurangan dalam tempoh penggantungan itu.

"Jika pada masa itu, ada satu usul ingin dibentangkan untuk diundi, maka keputusan akan memihak kepada Pakatan Rakyat dan daripada situ macam-macam implikasi lain mungkin timbul," katanya.

MalaysiaKini

Dr Khir dituduh 'cakap tidak serupa bikin' isu foto Eli

Abdul Rahim Sabri & Fathi Aris Omar | Feb 19, 09 5:15pm
kemaskini 6.50pm Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.

Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.

"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?

"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.

Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto separuh bogel Elizabeth yang didakwa dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.

Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepada bekas menteri besar itu.

"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.

"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun ada masalah moral."

Jawatan Norhayati, anak penegrusi tetap Umno dan bekas Speaker DUN Selangor, sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007.

Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.

Dihubungi Malaysiakini, bekas menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak mengambil tindakan terhadap aduan Mohd Suffian kerana wujud perbezaan antara isu itu dengan isu Elizabeth.

"Kes ini berbeza. Elizabeth mengaku itu gambar dia dan dia buat laporan polis. Tapi macam Norhayati, dia tak mengaku gambar itu betul atau tidak," kata Dr Khir.

"(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang."

Tambahnya, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan kesahihan gambar tersebut.

"Norhayati tidak mengaku, sebab itu kita tidak berani nak menuduh (beliau). Sebab itu kita tidak berani hendak ambil tindakan ke atasnya.

"Kalau (Norhayati) mengaku, lainlah. Gambar mereka, muka dekat, dekat. Mungkin super-impose," katanya.

Beliau mengingatkan agar Mohd Suffian tidak membabitkan orang lain berhubung masalah rumahtangganya dengan isu foto separuh telanjang wakil rakyat Bukit Lanjan.

Exco Wanita Umno itu dilantik semula sebagai senator melalui saluran pihak kerajaan persekutuan, tambah Dr Khir.

Norhayati tidak dapat bercakap panjang kepada Malaysiakini sewaktu dihubungi sebentar tadi kerana sedang memandu.

Zambry akan ambil tindakan susulan mengikut undang-undang

Feb 19, 09 7:24am
Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau dan enam Exco kerajaan negeri akan mengambil tindakan susulan mengikut peraturan dan undang-undang berhubung tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menggantung dan melarang mereka daripada menghadiri sesi DUN.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan apakah tindakan susulan itu.

Zambry berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar tidak boleh membuat keputusan itu dengan sewenang-wenangnya tetapi sebaliknya perlu membawanya ke sidang DUN terlebih dahulu, lapor Bernama.

"Keputusan jawatankuasa itu juga adalah menidakkan kuasa Sultan Perak yang membuat pelantikan Menteri Besar dan barisan Exco berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini malam ini.

Katanya tindakan jawatankuasa berkenaan juga adalah subjudis memandangkan isu pelantikan beliau sebagai Menteri Besar telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang ingin mencabar kesahihan

Menteri Besar berkata Sivakumar juga telah melakukan satu penipuan yang besar apabila mendakwa di dalam kenyataan akhbarnya hari ini bahawa Zambry dan enam Exco berkenaan telah gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan petang tadi.

Menurut Zambry, beliau dan Exco berkenaan telah memberikan penjelasan kepada jawatankuasa tersebut dan turut mengemukakan bantahan awal dengan mengemukakan sebab-sebab mengapa beliau dan Enam exco berkenaan tidak boleh dikenakan tindakan terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Nafi gagal beri penjelasan

"Oleh itu dakwaan Speaker bahawa kami telah gagal menawarkan sebarang penjelasan merupakan satu penipuan paling serius yang dilakukan oleh seorang speaker," katanya.

Sivakumar dalam kenyataan akhbar empat perenggan lewat petang tadi mengumumkan Zambry digantung serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco berkenaan digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (PAS-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan DUN Perak itu sebagai kelakar dan mempersenda dewan berkenaan.

Nazri: Episod komidi

Nazri berkata, seluruh episod itu adalah satu "komedi" kerana keputusan oleh Sivakumar itu "amat tidak masuk akal".

"Speaker bertindak sendiri menjadi hakim dan juri sedangkan beliau tidak langsung mempunyai bidang kuasa itu.

"Ini benar-benar kelakar dan satu persendaan dalam seluruh episod," kata Nazri pada sidang akhbar di bangunan Parlimen.

"Saya rasa untuk menghentikan ini semua, anggota-anggota DUN Barisan Nasional hendaklah ke mahkamah untuk menyelesaikan kebuntuan dan menjelaskan situasi," kata Nazri.

Manakala Bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Abdullah Abdul Wahab berkata tindakan speaker DUN menggantung serta-merta dan melarang Dr Zambry serta enam exco daripada menghadiri sesi dewan, tidak dijalankan mengikut prosedur persidangan dewan.

Katanya, sebarang keputusan yang dibuat oleh kawatankuasa hak dan kebebasan itu, yang merupakan sebahagian daripada proses dewan, perlu mendapat persetujuan anggota dewan.

"Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang ditubuhkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri hanya boleh membuat syor kepada persidangan dewan, dan adalah hak anggota dewan untuk menerima atau menolak syor yang dibuat itu," katanya.

'Mesti ikut peraturan'

Beliau berkata jika anggota dewan menerima syor tersebut, "barulah hukuman dijatuhkan mengikut peraturan yang ditetapkan" yang disokong oleh anggota dewan.

Abdullah berkata persidangan Dewan Rakyat pernah mengambil tindakan menggantung keanggotaan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) sebagai anggota dewan, dan tindakan itu diambil mengikut aturan mesyuarat dewan.

Pada 11 Disember 2001, Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang pada masa itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah membentangkan usul supaya Fong digantung keanggotaannya selama enam bulan kerana mengeluarkan kenyataan akhbar yang menghina Parlimen dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tun Dr Mohamed Zahir Ismail.

Keputusan untuk menggantung Fong dibuat melalui pengundian oleh anggota Dewan Rakyat yang hadir, di mana 83 anggota menyokong dan 28 lagi membantah, dan tidak dibuat di luar persidangan dewan tanpa mendapat persetujuan anggota dewan, katanya.

Bagi peguam kanan Ipoh, yang tidak mahu dikenali, berkata tindakan Sivakumar itu "jelas melanggar Aturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Perak (perintah-perintah tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan)."

Katanya mengikut Peraturan 71 (2) iaitu apabila dewan tidak bersidang, seorang anggota boleh memberitahu Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan dewan.

Speaker jika berpuas hati, boleh menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dan jawatankuasa itu hendaklah melaporkan kepada dewan berkenaan dengannya, katanya.

Dr Aziz: Speaker ada kuasa

Beliau juga berkata tindakan Sivakumar itu juga "bercanggah dengan prinsip keadilan nasional" kerana ketujuh-tujuh Adun itu ialah wakil rakyat yang dipilih, justeru dengan keputusan yang dibuat itu akan menghalang mereka daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

"Lebih serius lagi, Dr Zambry dan enam Exco itu telah dilantik oleh Sultan Perak dan ia melanggar Perkara 12 Undang-undang Tubuh Negeri Perak mengenai pelantikan Menteri Besar dan Perkara 16 mengenai pelantikan Exco," katanya.

Ia juga menghalang ketujuh-tujuh mereka yang telah dilantik secara sah oleh Sultan Perak daripada menjalankan tugas mereka dalam menguruskan dan membangunkan negeri.

Lagipun "adakah ketujuh-tujuh mereka dikeluarkan saman yang memperincikan kesalahan mereka dan dibenarkan untuk mempertahankan diri mereka?" tegasnya.

Sementara itu, pensyarah undang-undang Prof Dr Aziz Bari pula berkata Sivakumar selaku speaker mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

"Speaker ialah ketua Dewan...pada asasnya," katanya.

Katanya sebelum ini terdapat kes penggantungan anggota Dewan Undangan Negeri oleh speaker DUN dan anggota Parlimen oleh speaker Dewan Rakyat.

"Kuasa speaker adalah sama di semua negara Komanwel" katanya.

Kalau HINDRAF di haramkan, kenapa SIS tidak

Dilulus terbit pada Thursday, February 19 @ 16:11:47 MYT oleh TokBatin


Oleh attakiri

"Sister In Islam(SIS) telah menganjurkan program Musawah yang mempertemukan tokoh Islam Liberal dari 40 buah negara bertempat di Price Hotel, Kuala Lumpur. Menurut Persatuan Ulamak Malaysia cawangan Pulau Pinang, Pertemuan 5 hari ini yang berakhir hari ini membincangkan soal kesamarataan antara lelaki dan wanita dalam hal faraid, poligami, aurat dan sebagainya


SIS merupakan pertubuhan yang kononnya ditubuhkan bagi memperjuangkan hak kesamarataan, keadilan dan martabat wanita . Contohnya apabila SIS mempertikaikan undang-undang kekeluargaan wilayah persekutuan berhujjahkan bahawa undang-undang tersebut menzalimi wanita. SIS juga menyokong tindakan Amina Wadud menjadi imam dan khatib pada hari jumaat berhujjahkan bahawa wanita perlu mendapat hak seperti lelaki.

Ini semua adalah sebahagian perjuangan SIS dalam memartabatkan wanita. Bagi penulis, perjuangan SIS sebenarnya mengkhianati fitrah seorang wanita.

Allah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian. Allah menciptakan lelaki dan wanita yang mempunyai infrastruktur yang agak berbeza samada dari sudut penciptaan, perasaan dan fitrah. Namun Allah SWT menjadi ganjaran pahala untuk setiap lelaki dan wanita adalah sama walaupun amalan yang dilakukan adalah berbeza.

Sebagainya contoh, apabila seorang suami diberi keistimewaan mendapat pahala berjuang di medan perang, isteri pula akan mendapat pahala yang sama jika menjaga kehormatan dan harta benda suami ketika suami pergi berperang. Bahkan jika diteliti dengan setelitinya, begitu banyak limpahan pahala yang Allah kurniakan kepada seorang wanita walaupun dengan amalan yang sedikit.

Ini adalah bukti bahawa Islam ini datang membawa rahmat kepada semua manusia samada lelaki atau wanita. Tidak pernah timbul isu wanita direndahkan martabat kerana hak untuk penafsiran Al-Quran dilakukan secara ekskelusif oleh ulamak lelaki. Bahkan ramai ulamak-ulamak tabien mengambil ilmu penafsiran Al-Quran daripada isteri-isteri nabi. Bukahkah isteri nabi seorang wanita.?. ulamak tidak pernah zalim dalam menafsirkan Al-Quran. Bahkan disiplin untuk menafsirkan Al-Quran amatlah ketat dan berpandukan kepada apa yang diajar oleh Hadis Nabi SAW.

Keadilan Islam bukan bermakna kesamarataan. Keadilan Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka mencari nafkah untuk keluarga. Islam meraikan wanita dengan tidak mewajibkan mereka pergi berperang menentang musuh. Islam meraikan wanita dengan membenarkan bagi wanita yang menyusu untuk berbuka puasa. Begitu banyak kelebihan yang diberikan kepada seorang insan yang bernama wanita.

Sebelum kedatangan Islam, wanita hanya dipandang objek sex semata-mata. Tubuh wanita diperdagangkan. Wanita tidak mendapat hak daripada harta suami, bahkan wanita menjadi harta pusaka yang boleh diwarisi. Pernah satu ketika, perbincangan dibuat bagi menentukan status wanita samada mereka ini manusia atau binatang.? Ini merupakan sebilangan kecil contoh-contoh tentang hinanya wanita pada masyarakat jahiliyyah.

Apabila datangnya Islam, wanita telah diletakkan pada kedudukan yang sebenarnya. Wanita mula dihormati, hak-hak wanita yang dikatakan tidak adil oleh SIS merupakan satu keadilan kalau hak tersebut dikaji dengan lebih teliti.

Isu poligami, faraid, aurat dan pelbagai lagi adalah untuk memberi keadilan kepada semua pihak samada wanita atau lelaki. Islam bukan sekadar meraikan wanita, bahkan lelaki juga.

Penentangan SIS dilihat sebagai cara untuk mengembalikan wanita ke zaman jahiliyyah dalam bentuk yang lebih moden. isu poligami, adakah SIS lebih rela seorang suami menyimpan perempuan simpanan.? Bahkan istilah perempuan simpanan lebih menghinakan wanita daripada istilah seorang isteri. Isu poligami selalu dipermain-mainkan. Islam telah meletakkan pelbagai syarat untuk membolehkan poligami dilakukan. Adil menjadi syarat yang paling utama.

Begitu juga dengan isu-isu lain. Yang penting semua umat Islam perlu meyakini, Syariah Islam yang diturunkan kepada manusia merupakan satu keadilan yang tidak berbelah bahagi.

Oleh itu, apa perjuangan SIS yang sebenarnya. Kalau betul SIS membela wanita, sepatunya SIS menentang pengeksplotasian wanita dalam iklan-iklan yang tidak berkaitan. Isu penyebaran gambar bogel adun bukit lanjan, isu norita, isu altantuya dan pelbagai isu yang dilihat menghina wanita perlu diperjuangkan oleh SIS. Termasuk isu pelacuran, rumat urut, GRO yang jelas merendahkan martabat wanita.

Tapi semua ini tidak dilakukan oleh SIS. SIS hanya membincangkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan idelisma yang menyimpang dari Islam. ini semua akan memecahkan perpaduan umat Islam. oleh itu, kalau kerajaan mengharamkan Hindraf kerana menggangu ketemteraman awam, SIS lebih wajar diharamkan. SIS bukan sekadar menggangu ketenteraman awam, bahkan SIS telah mencabar sensitiviti umat Islam seluruhnya.

Tunjukkan wajah Azilah dan Sirul sebelum keputusan diumumkan

Dilulus terbit pada Thursday, February 19 @ 15:52:29 MYT oleh TokBatin


Oleh hermansamsudeen

"Debaran menanti tarikh keputusan hakim pada 9 April 2009 berhubung kes pembunuhan Altantuya begitu begitu terasa kini. Pastinya Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37 lebih berdebar menantikan keputusan hidup dan mati mereka.

Namun sebelum kes ini ditutup, rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu. Sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.


Ini adalah kes pembunuhan kejam. Kalau wajah Razak yang hanya dituduh bersubahat boleh diambil oleh media, kenapa Azilah dan Sirul sebagai tertuduh pertama tidak didedahkan wajahnya.

Kalau masih ingat kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Datuk Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Datuk Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Jadi rakyat dan masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

Jika mereka bersalah mahkamah boleh hukum jika tidak bebaskan sahaja, tapi apa yang penting rakyat mahu tahu siapa dia.

Malah ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain disebalik kes ini.

Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka.

Kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara. Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan. Menariknya rakyat tak boleh kata apa-apa kerana mahkamah telah jalankan tanggungjawabnya, Polis juga begitu dan pada mata rakyat dipaparkan bahawa ’Sirul’ dan ‘Azilah’ sudah dihukum.

Kalau baca teori itu, nampak macam plot cerita Hollywood. Malas nak percaya, tak perlu percaya pun. Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis. Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja.

"

18.2.09

Teman lelaki Eli dipanggil beri keterangan

Feb 18, 09 1:25pm
Bekas teman lelaki ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel wanita itu hari ini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Bekas teman lelaki Elizabeth itu, seorang ahli PKR, adalah bekas pembantu kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Hee berkata, beliau tidak tahu di mana bekas pembantunya itu berada dan enggan menjawab soalan berhubung perkara itu.

Ketika itu, ketua penerangan PKR yang juga ahli Parlimen Batu, Tian Chua meminta media supaya menghormati privasi Elizabeth dan tidak memainkan isu tersebut.

"Ia tiada kena mengena dengan tugas beliau sebagai ahli exco dan ahli dewan undangan negeri... harap hormatilah hal ehwal peribadinya," kata Tian kepada wartawan, sambil menambah beliau tidak mahu disoalkan mengenai perkara itu lagi.

Elizabeth, 37, yang juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri Selangor, semalam menawarkan diri untuk meletak jawatan dan juga mengosongkan kerusi Bukit Lanjan setelah gambar bogelnya tersiar kepada umum.

Polis gelidah rumah Eli

Sementara itu, Khalid berkata, teman lelaki Elizabeth akan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita di Shah Alam hari ini, beliau berkata polis menerima dua keping gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu dalam bentuk kepingan dan cakera padat dari seorang wartawan Malay Mail.

"Dua wartawan Malay Mail dan dua wartawan The Sun telahpun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung (laporan berita) pengedaran gambar berkenaan," katanya.

Di samping itu, katanya, polis juga sedang memantau laman-lamanweb yang menyiarkan foto-foto tersebut.

Khalid juga menasihatkan mereka yang memiliki foto wakil rakyat tersebut supaya memusnahkannya atau menyerahkannya kepada polis.

Beliau mengingatkan orang ramai bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati menyebarkan foto tersebut.

Difahamkan, sepasukan polis dari jabatan forensik telah memeriksa rumah Elizabeth di Petaling Jaya tengahari tadi.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata pemimpin tinggi parti itu akan bermesyuarat malam ini untuk membincangkan lebih lanjut mengenai tindakan selanjut

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN




Feb 18, 09 6:50pm
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini menggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Keputusan itu diumumkan oleh Speaker DUN Perak V Sivakumar selepas selesai bersidang hari ini.

Perkembangan terbaru ini akan melontarkan Perak ke dalam satu lagi krisis, selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri awal bulan ini.

Sebelum itu, Dr Zambry memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung kenyataannya terhadap Speaker Sivakumar.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke jawatankuasa itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.

Enam exco berkenaan ialah Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Dipanggil beri keterangan

Turut dipanggil memberi keterangan kepada jawatankuasa berkenaan adalah dua wartawan, masing-masing daripada akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai enam Adun iaitu Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) dari BN manakala lima lagi daripada pakatan pembangkang iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.

Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.

Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Speaker: Ada kes prima facie

Sivakumar berkata, setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry dan enam exco berkenaan.

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Sebelum itu, kesemua tujuh Adun terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan pada jam 3 petang di Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini.

Zambry dan enam Exco itu yang dilihat keluar dari bilik mesyuarat itu pada kira-kira 3.30 petang enggan memberikan sebarang komen kepada pemberita yang menunggu.

Khabar angin tentang Hee

Di samping itu, Perak juga dilanda khabar angin bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelapang, Hee Yit Foong telah meletak jawatan.

Sebelum ini, beliau bertindak keluar dari DAP dan menjadi Adun bebas yang menyokong BN.

Bagaimanapun, seorang pemimpin DAP ketika dihubungi menafikan perkara itu.

17.2.09

Ku Li Ulangi Pendirian Nizar Masih MB Yang Sah

Dilulus terbit pada Tuesday, February 17 @ 07:27:21 MYT oleh TokPenghulu

Oleh ahlibahasa

"
Kenyataan Media Tengku Razaleigh Hamzah Feb 15,

“Biar saya lanjutkan apa yang pernah saya katakan mengenai status Menteri Besar”

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi di negara ini. Ia merupakan asas dan sumber kepada kuasa undang-undang, dan Raja-Raja telah bersumpah untuk mempertahankannya.


Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Dua prinsip perlu dijelaskan:

Pertama, kerajaan yang memerintah diasaskan menurut undang-undang dan prinsip yang terdapat dalam Perlembagaan. Inilah yang membezakan di antara kerajaan yang dibentuk secara sah dan yang dibentuk secara kekerasan melalui undang-undang rimba.

Kedua, kerajaan yang dibentuk secara sah menurut Perlembagaan memperolehi kuasanya daripada mandat yang diberikan rakyat, hanya melalui cara itu. Mandat diberikan oleh rakyat kerana kerajaan itu dibentuk menurut Perlembagaan, dan pemimpin-pemimpinnya mereka pilih melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Kita perlu menguji mandat ini secara berkala. Pada waktu-waktu penting seperti apabila sesebuah kerajaan akan dibentuk atau dibubarkan, Perlembagaan memperuntukkan kaedah ujian yang formal dan definitif untuk mengukur sejauh mana mandat rakyat diperolehi oleh kerajaan berkenaan.

Jadi, kita adakan pilihan raya untuk menguji sejauh mana sokongan di kalangan rakyat yang diperolehi oleh seseorang calon pimimpin. Persoalan dikemukakan dalam pilihan raya yan dikawal oleh undang-undang dan persetujuan yang mendahului masa.

Jika pilihan raya tidak diadakan, atau sekiranya pilihan raya itu diragui kebebasan dan keadilannya, maka persoalan keabsahan kepimpinan tidak dapat ditentukan.

Walau seramai mana pun orang berarak dan meneriakkan nama anda, semuanya itu tidak diambil kira. Anda perlu membuktikan bahawa anda mempunyai sokongan pengundi melalui pilihan raya yang bebas dan adil.

Sama juga, Perlembagaan menyediakan satu kaedah definitif untuk menguji sama ada seseorang Menteri Besar atau Perdana Menteri masih mempunyai majoriti di Dun atau Parlimen. Kita akan kemukakan undi tidak percaya di Dun atau Parlimen.

Apa yang akan diambil kira nanti ialah keputusan persidangan tersebut. Ia tidak mengambil kira sebanyak mana akuan bersumpah, peralihan sokongan, sidang media dan perisytiharan yang dibuat. Ia juga tidak mengambil kira berapa banyak bentuk pengiklanan, pameran, tarikan dan tenaga yang ditanggung bagi menghadapi persoalan tersebut.

Bagi menguji secara formal mandat kerajaan sekarang, sama ada di Perak, Sabah atau kerajaan Persekutuan, persoalan perlu dikemukakan kepada rakyat melalui pilihan raya negeri, atau menerusi persidangan melalui undi formal di dewan. Inilah ujian-ujian yang diambil kira dalam demokrasi berperlembagaan kita.

Inilah juga apa yang diertikan sebagai demokrasi berparlimen. Untuk menyingkir atau membentuk kerajaan melalui cara selain itu akan menyalahi Perlembagaan, melunturkan kuasa undang-undang dan berhadapan dengan risiko pembentukan kerajaan yang haram.

Pihak berkuasa yang sah hanya boleh ditubuhkan melalui kaedah demokratik seperti yang disebut oleh Perlembagaan. Kuasa yang sah dan betul berbeza sepenuhnya daripada kuasa buas yang boleh dibeli, jual atau dirampas menggunakan kekuatan.

Tengku Razaleigh Hamzah

Dipetik dari: http://perakdaily.com/

Gadis cuba dilacur tiba di tanah air

SEPANG 17 Feb. - "Saya lebih rela tinggal di balai polis atau Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada duduk bersama ayah lagi," begitulah luahan kecewa Iswatul Hasanah Musbahuddin, gadis Malaysia yang cuba dilacur oleh bapanya sendiri yang akhirnya berjaya diselamatkan.

Gadis berusia 17 tahun itu yang dilarikan ke Modung, Jawa Timur sejak 13 Januari lalu tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini pukul 6.25 petang ini.

Dengan perasaan sedih, Iswatul memberitahu, dia tidak menyangka bapanya tergamak meninggalkannya kepada dua lelaki untuk dijadikan pelacur di kepulauan itu.

Lebih sebulan dia dibawa memasuki Indonesia secara haram, Iswatul terpaksa melalui pelbagai pengalaman pahit termasuk dikurung dalam dua buah rumah selama sembilan hari, serta melarikan diri sejauh tiga jam perjalanan.

"Tanpa diberitahu sebarang tujuan pergi ke sana, saya hanya mengikut ayah. Semasa dalam jagaan dua lelaki di sana, saya diberikan minuman berupa air mineral busuk, air mawar serta air yang diambil dari kubur lama yang saya percaya telah dijampi.

"Saya bertekad melarikan diri semasa kedua-dua lelaki itu sedang tidur - meredah kubur dan hutan selama tiga jam untuk tiba di balai polis terdekat," katanya.

Iswatul dibawa pulang hasil usaha Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO yang diketuai pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Abdul Azeez ketika ditemui berkata, beliau sangsi dengan tujuan sebenar bapa Iswatul menghantar anaknya ke sana.

"Dalam satu laporan akhbar tempatan, dia mengatakan mahu menghantarnya ke rumah nenek untuk belajar di sekolah pondok.

"Tetapi gadis itu tidak pernah kenal siapa neneknya malah bapanya sendiri membuat pasport palsu Indonesia dan melarikan diri semasa pihak Imigresen mendapati pasport itu tidak sah," jelasnya.


Utusan Malaysia

Polis ambil keterangan Elizabeth, 4 wartawan

PETALING JAYA 17 Feb. - Polis Selangor hari ini mengambil keterangan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong berhubung penyebaran gambar bogel membabitkannya.

Elizabeth, 37, memberi keterangan di pejabat peguamnya di sini pada pukul 3 petang dan proses itu mengambil masa selama dua jam.

Keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan itu direkodkan oleh seorang pegawai penyiasat polis wanita dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Turut dipanggil polis untuk memberi keterangan ialah empat wartawan, dua daripada akhbar Malay Mail manakala dua lagi dari akhbar The Sun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, mereka terdiri daripada dua wartawan daripada akhbar Malay Mail manakala dua lagi dari akhbar The Sun.

"Dua wartawan Malay Mail telah memberi keterangan mereka semalam manakala wartawan The Sun pula diambil keterangan masing-masing petang ini.

"Mereka turut menyerahkan sekeping cakera padat yang mengandungi dua keping gambar memaparkan Elizabeth kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya selepas merasmikan merasmikan pusat Pakar Sistem Penggera kereta Takashimaya di Pasar Raya Giant Kota Damansara di sini hari ini.

Elizabeth membuat laporan di Balai Polis Damansara kira-kira pukul 11.05 malam kelmarin berhubung penyebaran gambar bogelnya di Internet.

Difahamkan, gambar bogel itu diambil tanpa pengetahuan Elizabeth dengan menggunakan telefon bimbit sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac tahun lalu.

Dalam gambar berkenaan, ahli politik yang masih bujang itu berada dalam keadaan berbogel ketika sedang tidur di atas sofa.

Mengulas lanjut, kata Khalid, satu pasukan siasatan khas yang diketuainya sendiri telah ditubuhkan khusus untuk menyiasat kes itu.

Katanya, pasukan itu dianggotai beberapa pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

"Polis memberi jaminan akan menyiasat kes ini secara menyeluruh dan semua individu yang ada kaitan akan kita panggil untuk bantu siasatan," ujarnya.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya mengenai kemungkinan perbuatan khianat suspek terhadap mangsa adalah bermotifkan politik serta khabar angin yang menyatakan penglibatan bekas teman lelaki mangsa.

Utusan Malaysia

Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo

Feb 17, 09 10:47pm
Tiga calon Ketua Pemuda Umno berkongsi pentas malam ini dengan Khairy Jamaluddin menafikan yang Umno berada dalam krisis yang teruk, manakala Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula sependapat bahawa Umno perlu pembaharuan dan perubahan untuk terus relevan.

Khairy bersetuju bahawa Umno perlukan pembaharuan tetapi menekankan bahawa "Umno tidak seteruk yang digambarkan, bukan parti yang ditolak dalam pilihanraya umum lalu".

Menurutnya, Umno tidak sampai ke tahap krisis yang teruk,tetapi Barisan Nasional (BN) dihukum dalam pilihanraya umum lalu kerana "kita tidak dapat menguruskan kemenangan besar yang kita perolehi pada 2004".

"... (kita) mesti kembali ke situ," katanya dalam program mingguan 'Hujah' yang disiarkan secara langsung oleh TV9 malam ini.

Dalam program tersebut, pengerusinya Prof Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mengemukakan soalan kepada ketiga-tiga mereka mengenai Umno, pertandingan ketua Pemuda Umno, isu Dasar Ekonomi Baru (DEB), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Program tersebut diadakan di Dewan Tun Syed Nasir Dewan Bahasa dan Pustaka (DEB) yang dihadiri kira-kira 350 orang termasuk pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan UKM.

Menurut Khairy lagi, negara berada dalam persekitaran yang berbeza daripada dahulu.

Khairy: Persekitaran berbeza

"Kita berada di persekitaran politik yang terbuka di mana banyak isu diperbahas secara terbuka di internet dan blog, maka harapan rakyat terhadap kerajaan semakin meningkat," katanya.

Namun begitu, katanya, kerajaan BN telah meningkatkan usaha seperti menentang rasuah dan mempertingkatkat institusi kehakiman.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa ia bukan tugas yang boleh dilakukan dalam sekelip mata.

"Kita jangan lihat, peralihan kuasa dan pembaharuan, akan selsesaikan semuanya," katanya.

"Tapi (jika) peralihan kuasa itu tidak diikuti langkah memenuhi janji-janji kita, maka perubahan itu adalah sia-sia sahaja," katanya.

Dr Khir pula berkata Umno bukan sahaja memerlukan pembaharuan dan perubahan tetapi juga perlu menangani soal persepi buruk yang dilabelkan oleh pembangkang terhadapnya.

"Bila bercakap tentang politik, ia adalah mengenai persepsi... Persepsi yang diberi pembangkang (terhadap Umno) buruk sekali... Umno tidak mesra rakyat, sombong...

"Bila Umno tidak dilihat memperjuangkan bangsa dan agama, atau jati diri, (maka) jadi orang yang meluat dengan Umno akan menyertai parti lain...," tegasnya.

Oleh itu, katanya Pemuda umno perlu berusaha menggarapkan semula Umno yang dulunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama.

Malah, tegas Dr Khir, rata-rata anggota Pemuda Umno sendiri - bila ditanya tujuan mereka menyertai Umno - jarang boleh menjawabnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pentingnya bagi pergerakan itu memperbanyakkan kursus wajadiri di kampung dan bandar.

Manakala Mukhriz pula berkata, Umno telah agak terpesong dari halatuju asal parti itu sejak tahun 2004 dan ia merupakan antara sebab rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

"Bila ini berlaku, maka merundum sokongan dari rakyat, Perbezaan keputusan pilihanraya umum 2004 dan 2008 seperti langit dan bumi..," tegasnya.

Usaha untuk memulihkan semula Umno, menurut Mukhriz, memerlukan rombakan di peringkat kepimpinan tertinggi kerana parti memerlukan kepimpinan yang tegas.

"Kita sudah menyimpang dari perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair... Rakyat tidak lihat kita benar-benar berpegang kepada perjuangan kita.

"Ucapan kita sudah jadi retorik, dan orang kata kita retorik dan tidak amalkan apa yang kita cakap...," katanya.

Berikutan itu, tambahnya, lahir banyak NGO yang telah mengambil alih peranaan Umno dan mendapat sokongan dan ramai ahli.

Prof Agus turut bertanya mengenai Pemuda Umno yang menurutnya di mana sahaja hanya bercakap mengenai orang Melayu, sedangkan parti-parti komponen BN yang lain tidak begitu.

Contohnya, kata beliau, parti Gerakan telah membuat laporan polis berhubung keselamatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilaporkan terancam serta Wanita MCA yang memberi sokongan kepada Elizabeth Wong ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Menjawab soalan itu, Dr Khir berkata: "Kita harus lihat orang Melayu sebagai tunggak kepada politik Malaysia, jika tumbang politik Melayu, maka akan tumbang politik negara, jadi tidak boleh samakan Umno dengan MCA dan Gerakan."

Ditanya mengenai kekalahan kerajaan BN pimpinannya di Selangor, Dr Khir menjelaskan bahawa kekalah BN bukan di Selangor sahaja, malah di Kedah, Pulau Pinang dan Perak juga, yang berpunca daripada isu-isu nasional.

Malah, katanya, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kalah dalam pilihanraya umum 1969 manakal Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah tewas dalam pemilihan jawatan naib presiden pada 1993.

"Kita belajar dari kekalahan," katanya sambil menegaskan bahawa semangat Melayu tidak pernah luntur.

Mengenai ISA

Mengenai ISA pula, Khairy berkata, tentangan generasi muda terhadap penggunaan akta tersebut cukup meluas.

Berikutan itu, kata naib ketua Pemuda Umno itu, penjelasan tentang ISA perlu dibuat kepada generasi muda.

“ISA adalah proses yang dibuat oleh seorang sahaja iaitu menteri dalam negeri tanpa perlu proses mahkamah.

“Tetapi kita perlu undang-undang untuk mencegah keselamatan negara, saya tidak takut berbahas dengan pembangkang mengenai perkara ini,” katanya.

Manakala Dr Mohd Khir pula mendakwa, tindakan kerajaan dalam isu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu amat lemah.

Menurutnya, rakyat kecewa kerana kerajaan lambat bertindak kerana mereka mahu kerajaan mengatasi isu itu dengan segera.

“Saya difahamkan sudah ada lebih 100 laporan terhadap Karpal Singh tetapi belum ada tindakan.

“Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka mengadakan demontrasi,” katanya.

Menurut Dr Mohd Khir, Raja-raja Melayu tidak boleh didakwa kecuali di mahkamah khas yang membabitkan isu-isu peribadi mereka.

Sementara Mukhriz pula berkata, kepimpinan perlu tegas menjalankan undang-undang untuk menjaga keamanan negara.

Katanya, kepentingan rakyat hendaklah terjaga dan terbela.

“Orang yang mengadakan demonstrasi jalanan, kita tidak menggunakan ISA dan keadaan ini menyebabkan keputusan pilihanraya tidak memihak kepada kita,” katanya.

Mukhriz menegaskan kepimpinan negara yang tegas sangat penting untuk menghasilkan kejayaan.

DEB, Ketuanan Melayu

Bercakap tentang ketuanan Melayu, Dr Khir berkata, persoalan hak istimewa orang Melayu dan kontrak sosial tidak perlu dipersoalkan kerana ia dijamin dalam perlembagaan.

“Kalau tidak puas hati, bawa ke parlimen, pinda perlembagaan, barulah menjadi seperti negara Barat, kalau itulah yang diidamkan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa isu ketuanan Melayu sama sahaja dengan ketuanan rakyat yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya idea kesamarataan antara kaum dan agama yang dikemukakan Anwar harus dibimbangkan kerana perkara itu telah dijamin dalam perkara-perkara tertentu seperti Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Khairy pula menolak dakwaan bahawa agenda ketuanan Melayu merupakan isu perkauman. Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan agenda nasional.

“Kalau tidak selesai masalah pribumi, ia akan menjadi masalah negara,” katanya.

Tambahnya, kefahaman tentang kontrak sosial perlu dibincangkan berdasarkan semangat perkongsian kuasa.

Bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB), ianya dipertahankan oleh Mukriz dengan alasan ianya “telah betul dari awal” dan diiktiraf pelbagai pihak, antaranya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

“Ia juga dicontohi di beberapa negara Afrika,” katanya menjawab soalan sama ada Malaysia memerlukan pakej ekonomi baru.

Manakala Dr Khir pula mengakui bahawa Malaysia memerlukan pakej baru. Beliau bercakap demikian ketika mengiyakan soalan pengerusi sama ada sebuah pakaj ekonomi baru diperlukan atau tidak.

“Sudah 31 tahun, keadaan sudah berbeza,” katanya.

Pakej baru itu, tambah beliau, hendaklah memberi penekanan ke arah mendekatkan jurang pendapatan dan kualiti hidup rakyat.

“Ini tidak, yang miskin terus tertinggal, yang kaya terus terbelai,” katanya.

Mengulas isu PPSMI

Calon-calon ketua Pemuda Umno juga turut dilontar persoalan mengenai PPSMI.

Khairy dan Mukhriz masing-masing bersetuju dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik (PPSMI) patut dipinda.

Bagaimanapun, kedua-duanya berbeza pandangan tentang sejauh manakan pindaan yang harus dibuat terhadap dasar yang diperkenalkan sejak enam tahun lalu.

Menjelaskan lanjur pendiriannya, Khairy mendakwa konsisten bercakap berkenaan isu tersebut sejak daripada dulu lagi.

Menurut beliau, dasar itu perlu dipinda kerana sejak diamalkan, “kerana keberkesanannya (PPSMI) tidak terbukti terutama di kawasan luar bandar”.

“Banyak cadangan diterima, antaranya dipinda di peringkat sekolah rendah, tetapi diteruskan di (peringkat) sekolah menengah. Pada pandangan saya, dasar ini perlu pindaan di peringkat sekolah rendah sekurang-kurangnya.

“Dalam masa yang sama, penguasaan bahawa Inggeris mesti dipertingkatkan melalui penambahan masa mengajar,” tambah beliau.

Mukhriz - ketika mengulas dasar yang diperkenalkan oleh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad - berkata: “Kalau pinda sikit-sikit boleh dipertimbangkan.”

Beliau dilihat memilih jalan lebih berwaspada dengan berkata, penekanan harus diberikan kepada bangsa melebihi bahasa.

Beliau malah memulakan hujahnya dengan berkata: “Perkara ini amat sensitif, apatah lagi dibincangkan di Dewan Tun Syed Nasir di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),”

Katanya, keutamaan harus diberikan kepada bangsa supaya kedudukan orang Melayu akan setanding dengan bangsa-bangsa lain.

“Dasar tersebut dibuat supaya orang Melayu dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah. Bahasa Inggeris juga penting. Saya harap ia diteruskan dengan sedikit pindaan. Bangsa perlu diutamakan.

“Kalau pindaan sikit-sikit daripada sekolah rendah ke sekolah menengah, itu boleh dipertimbangkan,” katanya.

Manakala Dr Khir tidak menyentuh isu tersebut.

Current Affairs, Democracy, Human Rights, Malaysia, Politics, Women.

Press Release 17 Feb 2009 February 17, 2009
Posted by elizabethwong
Tags: Press Release


17 Feb 2009

The events of the past two days have shown an insidious and underhanded attempt by certain quarters to smear my reputation. My personal life and privacy have been violated.

These people have conspired to undermine my credibility both as a Selangor State Exco Member as well as a Keadilan leader. Although the smear campaign directed towards me has caused me a lot of anguish, I am aware that the real objective is to discredit Parti Keadilan Rakyat.

I have done nothing wrong.

I wish to state that I am not ashamed of my sexuality as a woman and as a single person. I have broken no law. I stand by the fundamental principle in a democracy that everyone has a right to privacy.

Parti KeADILan Rakyat stands for ‘new’ politics that holds justice and human rights as core values which transcend gender, ethnicity and class. ‘New’ politics also means we rise above gutter politics.

It is precisely this that I believe that these attacks will continue with greater intensity, and I have no doubt that Umno and Barisan Nasional will continue to manipulate the situation. Accordingly, I have decided to make a stand, in the interest of the party and its struggle for the people.

I have received overwhelming support from my family, my constituents, Pakatan Rakyat colleagues, friends and the general public. However, in the interest of my party, I have decided to offer my resignation as a Selangor State Exco Member as well as the State Assemblywoman for Bukit Lanjan.

I will discuss with the Menteri Besar to arrange for the proper handover of my responsibilities. I will continue to serve the people and fight for justice in Malaysia.

Last but not least, I am very grateful to the people who have placed their trust in me and my party, and I thank them for the opportunity that they have given me to serve. Words cannot possibly express my eternal gratitude to outstanding staff members and fellow ADUNs, and most of all, my Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim who has given me his unwavering support and the opportunity to work with him.

If I have let anyone down or offended anyone, I offer my sincere apologies.

ELIZABETH WONG
ADUN BUKIT LANJAN
EXCO for Tourism, Consumer Affairs and the Environment

Press Release 16 Feb 2009 February 16, 2009
Posted by elizabethwong in Current Affairs, Democracy, Human Rights, Malaysia, Politics, Women.
339 comments
I wish to thank everyone who have called and sent me SMSs, left messages in my email box and blog. I’m sorry for not being able to take all your calls and reply to some of your SMSs in time. I am grateful for your support and kind words of encouragement, especially from my constituents, my party and PR members, Exco members and old friends. This means the world to me.

I also wish to thank some fellow politicians from the other opposite end of the political divide for their encouragement too.



Press Release: 16 Feb 2009

I was informed on Friday 13 February, 2009 by journalists from the Malay Mail that they have in their possession intimate photos of myself and that the newspaper will be publishing a story about these photographs.

I was told that some people are trying to distribute photos/videos showing me asleep in partial nudity and also in intimate positions.

The distribution and publication of these photos/video is a malicious attack on my personality. This constitutes a gross outrage on my modesty, a gross invasion of my privacy, and in particular the sanctity of my personal life. It is being done by unscrupuluous persons to embarrass and discredit me。

I am a victim in this incident.

I have yesterday lodged a police report in relation to this matter and I will fully cooperate with the police in their investigation. I will therefore not speculate publicly about those responsible for this gross invasion of my privacy.

I have received a lot of support from my supporters, friends, colleagues and members of my constituency. I wish to thank them for their concern, support and encouragement.

My family members are standing behind me. I would like to appeal to the media to give me and my family members some breathing space in this trying time so that I can weather this huge challenge.

I will in the meantime continue to carry out my task of serving the people of Selangor faithfully.


In 1993 … February 13, 2009
Posted by elizabethwong in Current Affairs, Democracy, Human Rights, Malaysia, Note2Self, Politics.
Tags: Constitution, Derhaka, Mahathir, Perak, Umno
32 comments
Penyampai : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk : SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Lokasi : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Tarikh : 18-01-1993


Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

16.2.09

Terkini : Elizabeth tawar letak jawatan ADUN, exco




Posted on Tuesday, February 17 @ 12:18:04 MYT by Paktam

Elizabeth memutuskan untuk letak jawatan Exco dan ADUN ekoran tersebarnya gambar dan video separuh bogel beliau.

Selepas kekosongan kerusi Bukit Gantang dan Bukit Selambau, kerusi Dun Bukit Lanjan di negeri Selangor dikosongkan ekoran perletakkan jawatan penyandang jawatan tersebut Saudari Elizabeth Wong.

Menurut sumber yang diterima, Parti Keadilan Rakyat negeri Selangor sememangnya menantikan pilihanraya kecil ini untuk menguji sokongan dan kekuatan parti tersebut yang telah menerajui negeri tersebut lebih 11 bulan.

Menurut sumber tersebut lagi, parti tersebut turut mengharapkan agar Barisan Nasional meletakkan Khir Toyo sebagai calon di kerusi Bukit Lanjan.

Exco Negeri Selangor, Elizabeth Wong pagi ini menawar diri untuk meletakkan jawatan exco dan ahli dewan undangan negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto bogelnya kepada umum.

Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar yang bermula jam 11.40 pagi di di ibupejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Kira-kira 30 penyokongnya turut hadir di sidang akhbar tersebut dengan membawa kain rentang menyokong Elizabeth.

Mereka juga melaung meminta Elizabeth supaya jangan meletakkan jawatan.

Turut hadir ialah ketua Wanita PKR yang juga ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan exco negeri, Teresa Kok dan naib presiden PKR, R Sivarasa.

Kelmarin, Elizabeth membuat aduan polis berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum itu. Selain foto, difahamkan satu klip video juga turut disebarkan.

Beliau juga merupakan Adun PKR di Bukit Lanjan dan exco pelancongan, hal ehwal pengguna dan alam sekitar sejak 11 bulan lalu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Sementara itu, Elizabeth memberitahu sidang akhbar tersebut bahawa beliau menawar diri untuk meletak kedua-dua jawatan tersebut demi kepentingan parti.

Bagaimanapun, Elizabeth menekankan bahawa beliau mendapat sokongan daripada penyokong, pengundi dan pihak parti.

Menurut sumber-sumber, pemimpin tinggi PKR yang bertemu malam tadi , memutuskan untuk mengakhiri kontroversi tersebut sebelum menjelang pilihanraya di Perak dan Kedah.

Dalam pilihanraya umum lalu, Elizabeth menang dengan memperolehi 12,125 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Gerakan, Yong Dai Ying, yang mendapat 6,970 undi.

Elizabeth menang dengan majoriti 5,155 undi.

Menurut sumber-sumber, jika berlaku kekosongan, antara calon PKR yang disebut-sebut mungkin bertanding di kerusi tersebut ialah bekas pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan yang juga bekas timbalan menteri, Dr Tan Kee Kwong.

Kee Kwong, yang pernah menjadi ahli Parimen Segambut, menyertai PKR Ogos tahun lalu.

Satu lagi calon yang disebut-sebut ialah bekas ketua wanita MCA Klang dan bekas ahli Parlimen Klang, Dr Tan Yee Kew, yang menyertai PKR tahun lalu.

Sementara itu, Adun Kajang, Lee Kim Sin dari PKR disebut-sebut akan dilantik mengisi jawatan exco yang dikosongkan oleh Elizabeth.

Difahamkan, turut dipertimbangkan untuk mengisi jawatan tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nee.

Foto Bogel ADUN Bukit Lanjan.

Dr Halimah Ali Di Tangkap Khalwat.. Samakah?
Dilulus terbit pada Tuesday, February 17 @ 07:30:17 MYT oleh TokPenghulu

Oleh ibnuhasyim

"Ibnu Hasyim Catatan Santai

BERITA: Elizabert, Saya mangsa sebaran foto bogel.

Seorang exco kerajaan Selangor membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum. Elizabeth Wong, yang juga wakil rakyat PKR di Bukit Lanjan, membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11.30 malam. Dihubungi hari ini, ketua polis daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed mengesahkan pihaknya menerima laporan daripada ahli politik berusia lewat 30an itu.

Difahamkan foto-foto itu dirakam tanpa kebenarannya - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur. "Saya menjadi mangsa dalam insiden ini," katanya dalam satu kenyataan tengah hari ini. "Saya dimaklumkan beberapa orang sedang cuba mengedarkan foto-foto atau rakaman video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim."

Tambahnya, pengedaran gambar-gambar ini serangan jahat terhadap keperibadiannya. "Ia merupakan satu pencabulan nyata terhadap maruah saya, satu pencabulan terhadap hak peribadi saya, khususnya kekudusan kehidupan peribadi saya. "Ia dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab bagi memalukan dan mencemarkan nama baik saya," katanya.

Elizabeth menjadi sasaran kedua berkaitan dakwaan seks selepas serangan terhadap seorang wakil rakyat PAS, yang juga exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali yang didakwa ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Sambil menafikannya, beliau membuat aduan polis hujung bulan lepas terhadap sebuah laman web pro-Umno berhubung penyiaran tuduhan tersebut.

KOMEN:

Adakah sama antara dua kes ini? Cuba lihat antara dua penafian ini…

Pertama: ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong :Teks lengkap (terjemahan) kenyataan akhbar.

Saya telah dimaklumkan pada hari Jumaat, 13 Februari 2009 oleh wartawan-wartawan Malay Mail bahawa mereka memiliki foto-foto intim saya dan akhbar tersebut ingin menyiarkan berita mengenai foto-foto tersebut. Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang cuba menyebarkan foto/video yang menunjukkan saya tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam posisi intim. Penyebaran dan penerbitan foto/video tersebut satu serangan berniat jahat terhadap keperibadian saya. Ia merupakan pencabulan maruah saya, satu pelanggaran ruang peribadi saya dan terutamanya, kekudusan kehidupan peribadi saya.

Ia juga perbuatan mereka yang tidak berakhlak untuk memalukan saya dan mencemar nama baik saya. Saya menjadi mangsa perbuatan tersebut. Saya telah membuat laporan polis semalam berhubung perkara itu dan saya akan bekerjasama sepenuhnya dengan polis dalam menjalankan siasatan mereka. Oleh itu, saya tidak akan membuat sebarang spekulasi secara terbuka tentang siapakah mereka yang bertanggungjawab menceroboh ruang peribadi saya. Saya telah menerima banyak sokongan daripada penyokong saya, rakan dan penduduk di kawasan pilihanraya saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas keprihatinan, sokongan dan galakan mereka.

Anggota keluarga saya juga berdiri teguh di belakang saya. Saya ingin merayu kepada pihak media supaya memberi saya dan anggota keluarga saya ruang keselesaan dalam menghadapi keadaan mencabar ini supaya saya boleh memikul cabaran berat ini. Buat masa ini, saya akan menjalankan tugas seperti biasa, terus berkhidmat dengan jujur kepada rakyat Selangor.

Elizabeth Wong Keat Ping
Adun Bukit Lanjan
Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna
Kerajan Negeri Selangor.

Kedua: Exco wanita PAS dituduh khalwat.

Jimadie Shah Othman | Jan 30, 09 8:33pm

Exco kerajaan Selangor, Dr Halimah Ali membuat laporan polis terhadap satu laman web pro-Umno berhubung tuduhan beliau ditangkap basah di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Wakil rakyat PAS itu berkata, tuduhan yang dilemparkannya itu "berniat jahat, tidak masuk akal, menjatuhkan maruahnya" dan mahu mengaibkannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang. "Saya adalah wakil rakyat PAS, sudah tentulah yang saya dukung ini adalah Islam.

"Dan sebagai exco pembangunan modal insan, sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jama'i atau berkumpulan," tulisnya di blog drhalimahali.blogspot.com. Menurutnya, laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang pada Selasa lalu setelah mendapat nasihat daripada peguam PAS. Ahad lalu, seorang ahli forum MyKMU.net yang dikenali hanya sebagai Jamilisa memuatkan tuduhan itu dengan judul "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah" pada 25 Januari.

"Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel," coret Dr Halimah lagi. Beliau mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu dan fitnah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

KOMEN LAGI: Apakah berita ini ada kena-mengena dengan khabar yang lebih hebat dan terbaru, di mana beberapa ADUN Selangor sudah siap dan cukup untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat? Adakah berita ini sebagai muqaddimahnya?

Mari kita sama-sama teliti dan tunggu! Sekian, harap maklum. Wassalam..

ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim@gmail.com)
Feb 16, 2009. KL"

Gambar bogel YB Elizabeth Wong

Malaysiakini | 16 Februari 2009

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendesak ahli exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya meletak jawatan exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, ekoran penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

“Ini adalah masalah moral. Dulu Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pun letak jawatan,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, apabila perkara yang sama berlaku kepada Dr Chua, pemimpin Pakatan Rakyat mendesaknya supaya meletak jawatan.

“Sekarang mengapa tidak (Elizabeth letak jawatan). Jangan dwi-standard. (Bila) berlaku pada orang tak boleh… (tapi) pada kita tak apa,” katanya lagi.

Elizabeth membuat aduan polis tengah malam tadi berhubung penyebaran foto-foto bogelnya kepada umum.

Beliau membuat laporan di balai polis Damansara, Petaling Jaya kira-kira jam 11 malam.

Difahamkan foto-foto yang dirakam tanpa kebenarannya itu - kemungkinan oleh seorang bekas teman lelakinya - sewaktu beliau sedang tidur.

Dr Mohd Khir mendesak supaya Elizabeth meletak jawatan “secepat yang boleh”.

TINGKAT EMPAT

By Dr. Mahathir Mohamad on February 16, 2009 7:34 PM | Permalink | Comments (331) | TrackBacks (0)

1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.


4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.

7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.

8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?

9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.

10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.

11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.

12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.

13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.

14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.

15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

‘Cabul hak peribadi saya’

Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Nor Adilah Bokharie
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Gambar separuh bogel Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong, 37, dipercayai disebar luas pihak tertentu.

Gambar ghairah itu dipercayai dirakam menggunakan kamera telefon bimbit sebelum Pilihan Raya Umum 8 Mac tahun lalu ketika beliau tidur di atas sofa.

Ia dikatakan disebarkan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS).

Menyedari penyebaran gambar terbabit, Wong yang mengaku gambar itu dirinya membuat laporan polis malam kelmarin.





Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan turut mengeluarkan kenyataan, semalam.


Wong yang menyatakan dirinya menjadi mangsa keadaan menyifatkan perbuatan pihak yang menyebarkan gambar berkenaan bermotifkan khianat.

“Saya dimaklumkan perkara itu oleh wartawan sebuah akhbar tabloid Inggeris tempatan mendakwa memiliki gambar saya dalam keadaan ghairah pada Jumaat lalu.

“Selain itu, saya diberitahu ada pihak cuba menyebarkan gambar atau video yang memaparkan saya dalam keadaan tidur dalam posisi mengghairahkan.

“Penyebaran gambar berkenaan jelas mencabuli hak peribadi saya dan ia dipercayai dilakukan pihak yang cuba memalukan diri saya serta berunsur khianat,” katanya.

Menurutnya, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.

Justeru, beliau tidak akan membuat sebarang spekulasi mengenai pihak bertanggungjawab menyebarkan gambar berkenaan.

“Biar polis menyelesaikannya tapi saya merayu kepada pihak media supaya memberi ruang kepada saya dan keluarga,” katanya yang menerima banyak sokongan moral daripada ahli keluarga dan rakan dalam menghadapi situasi berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata polis akan memanggil beberapa individu termasuk Wong, bekas teman lelakinya dan wartawan sebuah akhbar tabloid berbahasa Inggeris untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.

Ini bertujuan merekod keterangan mereka berhubung isu penyebaran gambar peribadi separuh bogel Adun Bukit Lanjan itu.

Beliau berkata, pihaknya perlu merekodkan keterangan semua terbabit bagi melengkapkan siasatan dan gambar jelas berhubung kes terbabit.

“Setakat ini, polis belum menerima gambar itu yang dikatakan dirakam ketika Adun terbabit sedang tidur di biliknya,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Arjunaidi, pihaknya perlu memastikan kandungan sebenar gambar berkenaan sebelum dapat mengklasifikasikan jenis siasatan.

“Laporan polis dibuat Wong malam tadi (kelmarin) didapati tidak lengkap kerana memaklumkan hanya diberitahu pihak ketiga bahawa gambarnya sedang tidur diedarkan dan tidak menyatakan dalam bentuk apa,” katanya.

Menurutnya, perkara itu akan dirujuk ke Bukit Aman.

Katanya, jika gambar terbabit didapati berunsur lucah, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang awam yang memilik gambar terbabit supaya menyerahkannya kepada polis untuk membantu siasatan.

15.2.09

Kita tidak kalah dan tidak akan bersedih

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

Kita dari dahulu sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila akan tetap yakin dengan janji Allah swt, ia pasti datang, lantas orang PAS tidak akan bersedih tetapi bekerja dan terus bekerja untuk memperoleh janji Allah swt itu samada kita syahid atau menang untuk mendapatkannya.

Harakah

Kerajaan Bn Di Perak Bakal Tumbang .

Posted on Sunday, February 15 @ 08:45:00 MYT by Paktam
Oleh Angkasanuri


Ternyata tindakan Umno merampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat akan berhadapan laluan berliku yang akan merangkap mereka sendiri. Jika ini berlaku benarlah kata Tun Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah , tindakan Umno di Perak yang diketuai oleh Najib akan mempercepatkan lagi kejatuhan Umno di seluruh negara.


Selain bakal berhadapan tindakan saman dan injuksi mahkamah yang telah difailkan oleh Menteri Besar yang sah Dato Seri Ir Nizar Jamaludin di mahkamah tinggi Kuala Lumpur kelmarin yang diketuai oleh peguam tersohor Raja Aziz Idruse bersama panel 12 peguam, kerajaan haram BN Perak perlu melepasi halangan dari speaker Dun.

Masalah pertama di hari persidangan dewan undangan negeri yang bakal menyaksikan Menteri Besar dan exco kerajaan Perak yang baru dinobatkan akan berdepan dengan satu masalah besar: Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah masih lagi ADUN DAP dari Tronoh, V. Sivakumar.

Sekalipun jumlah ADUN BN pada masa itu ialah 28 mengatasi 1 kerusi ADUN Pakatan Rakyat yang tinggal 27 (tak termasuk 1 lagi kerusi Speaker), namun jawatan Speaker tidak boleh dilucutkan sekalipun dengan usul undi tidak percaya. Demikian kata Speaker DUN Selangor Teng Chang Khim yang juga seorang peguam.

Jawatan Sepaker kosong hanyalah jika V.Sivakumar meletakkan jawatannya sebagai ADUN atau dia sudah tidak layak dari memegang jawatannya atau meletakkan jawatannya secara sukarela.

Sivakumar dibolehkan, jika beliau mahu, menghalang bekas ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang melompat, iaitu yang telah "meletakkan jawatannya" dari menghadiri persidangan, dan ia sepastinya akan mengurangkan majoriti BN di dewan undangan negeri berkenaan.

Speaker Negeri sebelum ini telah mengisytiharkan ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi, ADUN Changkat Jering Osman Jailu dan Jelapang Hee Yit Foong telah mengosongkan kerusinya selepas beliau menerima surat perletakan jawatan ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sekiranya Sivakumar meletakkan jawatannya kerana apa-apa sebab, Dewan Undangan Negeri akan dikira "badan perundangan yang tergantung" kerana Undang-undang batang tubuh negeri Perak memperuntukkan dewan tidak boleh bersidang sewaktu kekosongan speaker kecuali untuk tujuan perlantikan seorang speaker.

Dengan tidak mempunyai suara majoriti yang jelas, Menteri Besar kerajaan BN Datuk Dr Zambry Abdul Kadir tiada pilihan lain selain memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenan pihak Istana untuk satu pilihanraya baru bagi negeri Perak.

Terkini Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri yang mengangkat sumpah Selasa lalu, akan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Rabu ini, kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar.

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

"Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

Dalam keadaan begini, Umno sebenarnya tidak ada pilihan selain terpaksa menerima hakikat bahawa DUN Perak akan dibubarkan untuk mengelakkan masalah yang berlaku.

Ternyata mereka yang mengetuai dan merancang rampasan kuasa di Perak telah bertindak tanpa memahami undang-undang dan kesan dari aspek pelembagaan.

Pilihanraya kecil di Perak semakin sesuatu yang pasti. Justeru itu semua jentera dalam Pakatan Rakyat perlu bersedia bukan hanya berhadapan pilihanraya kecil Bukit Gantang tetapi juga pilihanraya kecil untuk seluruh Perak.

Dalam keadaan sokongan yang semakin mantap, Umno bakal menerima hukuman dari rakyat Perak. Walau bagaimanapun saya yakin mereka sekali lagi akan menggunakan taktik kotor

Detik

13.2.09

Kemelut Politik Perak: Mari jiwai nilai akal budi Melayu

Dilulus terbit pada Friday, February 13 @ 17:30:00 MYT oleh TokPenghulu


Oleh Arif Atan

Melayu pada asasnya terkenal sebagai bangsa yang halus budi pekerti dan baik tutur katanya. Ini dapat dilihat daripada khazanah ribuan patah perumpamaan, simpulan bahasa dan peribahasa serta gugusan pantun dan gurindam yang indah susun kata dan makna tersiratnya.

Malah, kemerduan irama lagu Melayu asli, gerak sopan seni tari serta kayanya falsafah di sebalik jalinan ukiran awan larat Melayu juga adalah lambang tingginya akal budi bangsa Melayu yang mementingkan semangat kasih sayang dan keharmonian.

Jika hendak menyatakan rasa tidak puas hati sekalipun, orang Melayu akan mengambil daya usaha menggunakan cara yang tidak akan mengguris hati orang lain. Seringkali pendekatan ibarat menarik rambut dari tepung, rambut tidak putus dan tepung pula tidak berselerak dijadikan panduan dalam tindakan yang mahu diambil.

Pendek kata, pemikiran dan akal budi orang Melayu yang kukuh jati diri budayanya jelas bijaksana lantaran berpegang pada tindakan yang rasional bukannya terbawa-bawa oleh mainan emosi yang membuta tuli.

Malangnya, orang Melayu hari ini walaupun bangga berada dalam era globalisasi tetapi kian jauh tersasar tiada harga diri. Adakah orang Melayu sudah lupa kekayaan jiwa bangsanya lalu terbabas dari atmosfera nilai pemikiran nenek moyangnya dahulu yang mengutamakan keharmonian, kasih sayang dan saling menghormati antara satu sama lain?

Ini kerana mereka cepat benar lupa diri sehingga bahasa dan budaya tidak lagi dipeduli. Pendekatan dalam mendepani cabaran politik pula lebih banyak memalukan dan merugikan bangsa sendiri. Ini berpunca daripada anggapan bahawa perjuangan bangsa kononnya bercanggah dengan agama; sikap memuja apa sahaja bentuk budaya dan ‘sampah’ dari dunia Barat serta terlalu bertolak-ansur dengan kaum lain.

Akibatnya, akar jati diri orang Melayu sudah banyak terpungkas dari akal budi mereka selama ini. Melayu jadi gila wang dan gila kuasa hingga tidak peduli lagi soal jati diri dan akal budi. Tidak hairanlah gejala tumbuk rusuk atau rasuah berleluasa menggadai maruah anak bangsa.

Perkembangan sosiopolitik yang tenat mutakhir ini adalah cerminan sosial nilai pemikiran sebahagian kaum Melayu termasuk pemimpinnya hari ini yang jika direnung hanya mengundang malu kepada keseluruhan bangsa Melayu.

Walhal, berbanding kaum lain mereka sudahlah menguasai sebahagian besar kek ekonomi tanah air ini malah berstrategi pula dalam percaturan politik demi kepentingan kaum mereka. Dalam masa yang sama, peka benar akan untung nasib bahasa, budaya dan pendidikan masing-masing hinggakan dalam beberapa segi begitu terserlah semangat perkaumannya.

Namun, orang Melayu pula sebaliknya. Sudahlah daya tahan bahasa dan budayanya sendiri makin luntur. Sifat amanah dan integriti juga kian menipis dalam sanubari. Budaya politik orang Melayu pula bagaikan berada di persimpangan dilema, bercelaru dan sudah tidak banyak menguntungkan Melayu.

Tsunami politik di Perak misalnya adalah bukti sejauhmana rendahnya akal budi sesetengah orang Melayu. Sedihnya, sikap biadap ‘memohon derhaka’ serta tindakan penyokong ekstrem parti politik merusuh di perkarangan istana bukannya datang dari orang lain melainkan kaum Melayu kita juga.

Namun, ini tidak menghairankan kerana mereka hanyalah ‘boneka’ kepada pihak tertentu yang buktinya dapat dilihat daripada jumlah kerusi yang diduduki serta tindakan biadap mahu mengheret pihak istana ke mahkamah.

Pimpinan Melayu dalam parti pembangkang dilihat lupa bahawa realiti politik yang sedang dicipta oleh mereka sebenarnya tidak banyak menjamin masa depan dan daya tahan kebudayaan dan kepentingan orang Melayu.

Tidakkah mereka juga sedar tindakan mengingkari titah Sultan samalah seperti mengajar kaum bukan Melayu untuk berbuat perkara yang sama malah mungkin dahsyat lagi di kemudian hari?

Dalam masa yang sama, adakah pemimpin UMNO sendiri telah benar-benar bermuhasabah diri seperti yang selalu didengar sejak usainya pilihan raya umum ke-12 lalu serta dalam konteks politik di Perak telah bersyukur dan bersedia merencana yang terbaik dan adil untuk orang Melayu?

Hakikatnya, semua orang Melayu baik pemimpin dan penyokong parti perlu rasional dan usahlah melampaui batas hingga merugikan bangsa sendiri.

Kembalilah kita menjiwai jati diri tinggi Melayu bukannya saling bercakar, meninggi suara dan melempar kata keji antara satu sama lain. Hanya apabila orang Melayu menunjukkan contoh teladan yang baik maka tutur kata serta cara bertindak komuniti dan pemimpin kaum lain dapat diasuh mengikut ‘acuan’ kehalusan akal budi bangsa kita.

TranungKite

Melayu: Dunia yang terlalu kecil

Dilulus terbit pada Friday, February 13 @ 17:00:00 MYT oleh TokPenghulu

Oleh md daud yusri fie


Salam perjuangan untuk hati-hati yang bernyala, Bangsa adalah satu nikmat yang Allah beri kepada hambanya didunia ini. Dari terbit matahari hinggalah terbenam matahari adalah diberitakan terdapat hampir 1000 jenis bangsa dan kaum yang ada didunia ini. Walaupun kita datang dari perut yang satu iaitu Adam dan Hawa akan tetapi Allah sengaja mencipta berbagai2 jenis bangsa dan kaum ini agar kita berfikir kenapakah ini berlaku dan apa natijahnya Allah jadikan kita berpuak2 sebegini.

Apabila kedatangan Mohamad SAW ketanah arab, puak2 yang ada ini cukup tegang leher diantara mereka. Pantang ada pergeseran sikit pasti satu keturunan akan menjadi mangsa serakah mereka. Begitulah hebatnya ketegangan puak dan kaum pada zaman terebut. Tetapi Allah sengaja menjadikan perkara tersebut berlaku dan kita pun akhirnya mengetahui bahwa kerana itulah Nabi SAW diturunkan melalui perut Siti Aminah yang mulia. Tanpa mengira siapa kita, seruan nabi tetap diteruskan baik hamba mahupun pembesar negara. Tanpa mengira rintangan dan ancaman yang dihadapi, Rasullulah tetap teguh menyiarkan syiar Islam di muka bumi ini. Andai kitalah diberi tugas tersebut tanpa sebarang imbuhan pasti berkuburlah seruan tersebut.

Kita lihat Madinah merupakan negara pertama di dunia yang mempunyai dokumen2 bertulis berkenaan pemerintahan dan perjanjian. Para mulimim dan muslimat serta kafirin mendapat hak mereka masing2 dengan Rasulullah sebagai ketuanya. Kita lihat Rasulullah yang dijanjikan syurga oleh Allah pun harus mengharungi kehidupan seharian seperti manusia lain. Tak ada langsung magik dan kuasa aneh yang Allah beri kepadanya. Semuanya seperti kita hidup ketika ini. Akan tetapi tugas yang Allah beri kepadanya melangkaui batas masa dan paras rupa. Itulah Islam untuk manusia dari mula hinggalah ke akhirat nanti.

Semakin lama kita dari zaman Rasulullah, semakin sempit pula perjuangan kita. Bermula untuk semua manusia tetapi kini berjuang atas nama bangsa pula. Pelbagai teori dicipta untuk menyelamatkan bangsanya, dan akhirnya Melayu cuba untuk diperkasa di tanah air sendiri. Perjuangan adalah dari Melayu dan untuk Melayu serta setiap hari bercerita tentang Melayu. Pada awal perjuangan kelihatan itulah yang kita harapkan dari mereka yang berjuang. Segala macam ketakutan dicanangkan kepada Melayu dari Melayu tersebut. Itulah dan inilah yang dicerita kepada Melayu agar mereka sentiasa takut dan fikirkan demi kelangsungan hidup generasi Melayu di tanah Melayu.

Setelah hampir 52 tahun berjuangan atas nama Melayu, kaum yang dikatakan Melayu itu semakin LAYU. Perbagai permasalahan muncul di kalangan Melayu. Semakin maju pejuang Melayu itu semakin keterbelakang pula pengikut2nya. Hairan juga bila kepala keretapi bergerak tanpa gerabak di belakang dibawa bersama. Masalah politik,ekonomi dan juga sosial semua terjadi pada kaum Melayu ini. Yang merempat Melayu, yang mengumpat Melayu, yang hebat juga Melayu dan yang hidup tidak bersifat pun juga Melayu. Mana pejuang Melayu yang handal selama ini.Adakah mereka tahu masalah Melayu ataupun buat tak tahu.

Disebabkan perjuangan atas nama Melayu dan Melayu itu semakin LAYU, maka diberitakan bahawa Melayu itu layu disebabkan TONGKAT. Melayu ini lemah kerana hanya hidup bertemankan tongkat. Segalanya tongkat malah ingin berkahwin pun perlu bertongkat. Jika tiada tongkat maka susahlah Melayu ini. Pemimpin Melayu yang mengutarakan tentang masalah tongkat ini sudah tidak berkuasa. Pernahkah kita terfikir bahawa pemimpin yang dinobatkan itu juga melalui khidmat tongkat juga. Tanpa tongkat sidiapun tidak akan dapat merasai dunia kuasa tersebut.

Kenapa tongkat disalahkan pula?

Pejuang2 Melayu itu telah mengaburi pandangan Melayu itu. Orang Melayu harus dapat itu dan ini di Tanah Melayu atas dasar Tanah Melayu adalah milik Melayu. Tanpa Melayu orang lain pasti tidak merasai tanah milik Melayu ini. Apabila keadaan yang diperjuangkan itu tidak kelihatan sehingga kini, maka tongkat perlu disalahkan demi kelangsungan perjuangan Melayu. Ketika Melayu diperjuangkan sehebatnya, Goh Tong sudah menarah gunung. Boon Siew sudah laju dijalan raya dan Krisnan sudah menguasai langit. Mana wajah Melayu yang diperjuangkan selama ini. Adakah ASB itu makhluk berhati Melayu, adakah Keretapi Tanah Melayu itu tulangnya Melayu atau adakah Baju Melayu itu dijahit oleh Melayu.

Wahai makhluk bernama Melayu,bukalah minda dan terokailah dunia ini. Dunia ini luas dan lebih luas dari dunia Melayu. Nama Melayu adalah rekaan orang2 terdahulu untuk membezakan antara manusia dengan haiwan sahaja. Tidak langsung mereka membezakan antara Abang Najib dengan Tok Batin itu mana yang lebih Melayunya. Ketahuilah bahawa bangsa yang dikatakan Melayu itu amat maju di dunia bukan Melayu. Orang Melayu di Afrika adalah orang yang dikatakan cukup kaya di sana. Melayu di New Zealand adalah bangsa yang disegani. Mereka tidak dicanangkan dengan kuasa Melayu. Malah mereka hidup dengan jaya di negeri bukan melayu.

Marilah Melayu kita berjuang atas nama Allah. Janganlah takut Melayu hilang kuasa tetapi takutlah Allah hilang di dada. Apalah sangat nikmat dunia ini berbanding nikmat di sana. Kuasa Melayu itu bukanlah sangat untuk kita tetapi untuk mereka yang berjuang kononnya untuk Melayu. Jika kita masih berfikiran Melayu seperti dilaungkan pejuang Melayu, ketahuilah bahawa dunia Melayu ini terlalu kecil dan terlalu sempit. Tiada apa yang boleh dibuat dengan dunia Melayu ini. Hanya berebut tanah yang luas sekangkang kera sahaja.

Berfikiran seperti Rasulullah adalah cara sepatutnya kita gunakan. Baginda tidak memperjuangkan kaum quraish sedikit pun malah demi manusia di dunia ini. Bila ini yang Rasulullah fikirkan, bukan sahaja mekah dapat dikuasai malah dunia di China sehinggalah dunia di Amerika merasai nikmatnya Allah di dada. Oleh itu janganlah terlalu bangga dengan Melayu tetapi bersyukurlah Allah ada bersama kita. Janganlah kita mati atas nama Melayu tetapi biarlah mati atas landasan Allah.

Yang baik itu Allah dan yang buruk itu saya.


'ILA GHAYATUL QUSWA'
md daud yusri fie
www.dacreativesniaga.biz