Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.3.13

Tian Chua Perlu Bertanggungjawab Atas Kenyataannya

KUALA LUMPUR (malaysiaaktif) –

Setakat ini sebanyak 766 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Tian Chua namun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tetap enggan memohon maaf terhadap UMNO atau menarik balik kenyataan beliau yang mengaitkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO sebaliknya mengancam untuk menyaman mereka yang terus menyebarkan berita yang beliau dakwa sebagai palsu.

Jika Tian Chua menafikan pernah berucap di Puchong dengan menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan di Lahad Datu sebagai ‘Komando Mati Katak’ dan menganggap kenyataan itu sebagai fitnah dan pembohongan jahat pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadapnya, bagaimana pula dengan kenyataan beliau yang mengaitkan pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara UMNO?

Apa yang ingin dipersoalkan oleh rakyat negara ini bukan mengenai kenyataan beliau di Puchong seperti yang dilaporkan oleh media dan mungkin juga kenyataan itu tidak mempunyai bukti kukuh. Tetapi bagaimana pula dengan kenyataan beliau seperti mana yang disiarkan oleh lidah rasmi portal PKR, KeadilanDaily pada  1 Mac lalu. Laporan itu menyebut, beliau mendakwa serangan pihak berkuasa ke atas pengganas Sulu di Lahad Datu merupakan konspirasi terancang UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Malah pada hari yang sama Naib Presiden PKR itu turut menulis: "Pertempuran tercetus dengan penceroboh Sulu? Ia hanyalah drama Wag the Dog (filem Hollywood) yang berterusan. Ingat (kejadian) Al Maunah di Sauk?" di akaun Twitternya.

Adalah jelas bahawa kedua-dua kenyataan itu keluar daripada mulut beliau dan bukan laporan palsu berniat untuk mencemarkan imej beliau. Jadi bagaimana beliau menganggap laporan itu sebagai satu fitnah dan menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu sedangkan ia turut dilaporkan oleh portal propembangkang, KeadilanDaily.com.

Tian Chua tidak perlu untuk menyalahkan pihak lain atas ketelanjurannya apatah lagi untuk menegakkan benang basah kerana semuanya sudah jelas. Tidak perlu juga beliau mendakwa bahawa kenyataannya telah disalah tafsir atau disalah faham untuk mempertahankan diri. Tidak ada gunanya untuk terus mempertahankan kenyataan yang sememangnya sudah terbukti sebaliknya beliau perlu memikul tanggungjawab itu dengan membuat permohonan maaf kepada UMNO dan seluruh rakyat Malaysia terutama keluarga anggota keselamatan yang terkorban kerana ia membabitkan isu maruah dan kedaulatan negara.

Pencerobohan pasukan bersenjata asing di Sabah adalah soal kedaulatan negara dan jika beliau taksub sekali pun dengan perjuangan politik beliau, Tian Chua perlu lebih berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan. Lebih penting adalah untuk menjaga sensitiviti keluarga mangsa yang terkorban dan pasukan keselamatan keseluruhannya kerana dakwaan beliau itu seakan menunjukkan pasukan keselamatan negara ini mudah untuk dipergunakan untuk tujuan dan kepentingan politik.

Selagi beliau tidak memohon maaf dan mengakui ketelanjurannya, selagi itu lah kemarahan rakyat Malaysia tidak akan dapat diredakan. Kemarahan rakyat terhadap beliau jelas dapat dilihat menerusi laporan polis yang dibuat hampir setiap hari terhadap beliau. Sehingga petang semalam, Selangor mencatat bilangan laporan tertinggi iaitu sebanyak 252 laporan diikuti Kedah (122), Terengganu (91) dan Kelantan (59).

Tiada ulasan: