Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

13.3.13

Chua akan didakwa berhubung kontroversi Umno


11:53PM Mac 13 2013
Naib presiden PKR Tian Chua akan dihadapkan ke mahkamah esok berhubung komen  yang didakwa dibuatnya berkaitan dakwaan penglibatan Umno dalam krisis Lahad Datu.

Menurut peguamnya,  N Surendran, ahli Parlime Batu itu dijangka didakwa di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi esok.

Terdahulu, Bernama telah melaporkan bahawa polis Johor telah merakam kenyataan Tian Chua berhubung perkara itu di ibu pejabat polis Petaling Jaya pagi ini.

tenang by election nomination day pas and bn supporters 220110 johor cpo mohd mokhtar mohd shariffKetua Polis Negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kiri) berkata, Tian Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, datang bersama tiga peguamnya untuk merakam percakapan tersebut pagi ini.

Mohd Mokhtar dilaporkan berkata 318 laporan polis, termasuk 82 di Johor, dibuat terhadap Tian Chua yang didakwa membuat kenyataan yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara Umno.

Laporan dalam Keadilan Daily itu antara lainnya menyebut, kejadian di Lahad Datu "dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat".

Bagaimanapun, Tian Chua kemudian menjelaskan bahawa beliau hanya merujuk kepada 'blackout 'media sebelum ini berhubung kejadian tersebut, kerana tidak ada pengesahan mengenai sebarang serangan atau mangsa

Tiada ulasan: