Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.3.13

Dr Mahathir Punca Krisis Lahad Datu?

Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis terbabit.

Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa menjadi Ketua Daerah Sandakan.

Terlibat dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah menjadi sijil kelahiran.

Katanya, semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979 sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.

“Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1, 000 orang di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.

Peranan Megat Junid

Beliau turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi kerajaan ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.

“Berikutan itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.

Sementara itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.

Katanya, pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.

“Saya tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan menambahkan undi Melayu,” katanya.

Beliau juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.

Turut hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.

Suasana forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang laris dijual dengan harga RM15.

JAMILAH KAMARUDIN
(sabahkini)

Anonymous said...
March 20, 2013 at 6:09 AM
Sabah harus keluar dalam gagasan Malaysia sebabnya pihak Malaya mengkianati sepenuhnya perjanjian yang termaktub dalam perlembagaan serta perkara 20 1963. Jangan salahkan rakyat Sabah Malayalah yang bertanggung jawab sebab kenapa begitu jahat dan rakus kerana kuasa!Natijahnya Bangga Malaysia yang ada pada hari ini teramat tertipu dan rugi kerana pendatang asing yang tidak dikawal mengikut undang undang? dalam perlembagaan Malaysia.

Anonymous said...
March 20, 2013 at 1:29 PM
Dari maklumat 'Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah' seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah mengesahkan Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pengawai Pentadbir Muda di Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan.

PKR mendesak agar Najib tampil memberi menjelaskan berapa ramai di kalangan penceroboh bersenjata merupakan rakyat Malaysia.

"Kita juga ingin tahu dari kalangan penceroboh bersenjata berapa ramaikan mereka merupakan ahli Umno.

"Kenapa Najib tidak berterus terang dengan rakyat bahawa ketua kumpulan bersenjata ini adalah rakyat Malaysia berasal dari Filipina yang diberikan kad pengenalan biru," sambung Rafizi lagi.

Rafizi yang turut menegaskan penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini jelas mengesahkan hubung kait di antara pencerobohan bersenjata dengan projek IC yang dikaitkan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno.

shark yu said...
March 20, 2013 at 6:08 PM
Kita berdiri teguh dibelakang Pasukan Keselamatan yang menggempur penceroboh. Kita sangat menyokong ops daulat...tapi bila peristiwa di Lahad Datu dijadikan fitnah poltik puak berkuasa dan sekarang disebarkan berita palsu kononnya pihak pembangkanglah yang punya angkara maka ini adalah satu perbuatan politil jijik yang tidak bertanggung jawab.

Anonymous said...
March 20, 2013 at 7:25 PM
samua hak Allah. apa mahu rebut2. kita cuma diamanahkan. yg kekal di akhirat sana. baik kita rebut2 pi sana. jgn sampai di sana kita jd merempat. di sana ndak ada sdh pandang kad pengenalan... semua kita akan di hitung dgn seadil-adilnya ndak tak kira dah pangkat, kaum, warganegara ka, pendatang ka. yg penting yg bernama manusia iaitu cucu Nabi Adam AS.
Anonymous said...
March 20, 2013 at 8:31 PM bah kalau bagitu kita ni bukan lagi warga sabah la, kita sudah jadi warga akhirat yg sebenar nya, bukan kah bagitu anonymous?

kita jangan sekali membiarkan diri kita Di zalimi oleh pemimpin kejam sebaliknya kita bangun dan berjihat menentang kebatilan
di muka bumi ini..

BAYUMURNI.....
Anonymous said...
March 21, 2013 at 12:48 AM  
 
1. parti pemberi ic palsu ialah parti pengkhianat dan penjual negara. Parti ini wajib ditendang keluar dari tanah air kita

2. jika bayumurni nak keluar dari sabah (malaysia) dipersilakan dan dijemput ke tawi tawi
 Anonymous said...
March 21, 2013 at 10:06 AM
Nampaknya "tangan ghaib" yang buat ARAHAN makin terserlah wajahnya... tak mungkn PM Malaysia akan berani istihar PERANG jika tiada dorongan & nasihat seseorang. Nah sekarang kita jadi lagi teruk drpd penjajah-penjajah zaman silam: Perang Gerila sesama Islam... baguslah.
  





Tiada ulasan: