Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

20.3.13

Parlimen Tak jadi bubar hari ini?

Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan bahawa perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen hari ini.

“Khabar angin yang menyatakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, oleh Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak) tidak benar sama sekali,” kenyataan pejabat berkenaan dipetik.

Kenyataan itu disiarkan di Twitter pada kira-kira jam 1 petang, selepas khabar angin berkenaan tersebar luas melalui SMS dan juga di laman sosial.

Wartawan Malaysiakini juga dihujani pertanyaan daripada pembaca yang ingin mendapat pengesahan mengenai khabar angin berhubung pembubaran parlimen itu.

Ramai pihak menjangkakan Parlimen akan dibubarkan hari ini, selepas Najib membentangkan kad laporannya berhubung Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam siaran langsung di kaca TV pada malam tadi.

DUN Negeri Sembilan merupakan dewan undangan pertama yang akan dibubarkan, pada 26 Mac.

Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini menjangkakan bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 25 Mac, sehari sebelum DUN Negeri Sembilan dibubarkan.

Lim bagaimanapun berkata, Parlimen juga mungkin dibubarkan lima hari lebih awal daripada 25 Mac.

Tempoh pentadbiran kerajaan persekutuan berakhir pada 28 April dan pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan bahawa pilihan raya akan diadakan serentak untuk kerusi Parlimen dan kerusi DUN.

Kenyataan PMO hari ini turut menjadi perhatian memandangkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga pernah menafikan, pada 12 Februari 2008, bahawa Parlimen akan dibubarkan pada keesokan harinya.

Abdullah secara rasminya mengumumkan parlimen dibubarkan pada tengahari, 13 Februari 2008 untuk mengadakan pilihan raya ke-12.

Anonymous said...
March 20, 2013 at 11:00 PM
Aku juga hilang minat kpd UMNO/BN dn semakin benci melihat gelagat UMNO yg takut untuk Bubarkn dewan....Rakyat semakin hilang keyakinan kpd UMNO krn semakin terasa hanya tipu rakyat bagi BRIM sedangkan sy belum dapat sy pun tidak tahu kenapa tidak dapat sedangkan sy hanya seorang pekebun kecil yg kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. kadang2 tak cukup makan terpaksa sy dengan isteri ikat perut seharian asalkan anak yg dapat makan. Semua kesusahn semakin menimpah kerana harga barang2 semakin mahal dan sudah tentu seperti kami yg miskin semakin miskin jauh dapat beli barang2 keperluan harian. Tak sabar mahu pilihan raya kerana maha TUKARRRRR KERAJAAN PAKATAN untuk turunkan harga barang2 keperluan harian dan anak saya pasti dapat masuk sekolah senang tak perlu lagi bayar yuran dan perbelanjaan sekolah. Terim-kasih kepada PAKATAN sangat2 prihatin kpd rakyat yg termiskin.

Tiada ulasan: