Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

27.3.13

PAS: 'Jenayah demokrasi' PM tangguh p'raya


6:08PM Mac 27 2013  
Perdana menteri kini melakukan 'jenayah demokrasi' apabila bertindak menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas mandat lima tahun kerajaan sekarang berakhir pada 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata, walaupun mandat lalu telah tamat, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak masih belum mengembalikan kuasa untuk memilih kerajaan baru kepada rakyat dengan menangguhkan pilihan raya umum.

"Saya anggap ini satu jenayah demokrasi yang dilakukan BN bagi memastikan mereka terus berkuasa," kata Mahfuz pada sidang media di ibu pejabat PAS petang ini.

Dakwaan pergeseran antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi kini dianggap 'rahsia umum'.

Tahun lalu, pentadbiran negeri Kedah dilanda kemelut apabila Phahrolrazi dan pesuruhjaya PAS III Kedah, Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin PAS itu bertindak demikian dipercayai kerana tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya.

PAS Pusat dan negeri akhirnya mengadakan pertemuan khas - yang berlarutan sehingga jam 3 pagi - bagi menyelesaikan masalah itu sebelum mengarahkan kedua-duanya menerima semula jawatan tersebut.

Sementara itu, Mahfuz juga percaya kontroversi pembalakan di Tasik Pedu tidak akan menjejaskan usaha PAS Kedah untuk mengekalkan pentadbiran mereka di Kedah.

"Cuma sekarang ini kita fikir macam mana kita mahu terangkan kepada rakyat," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini mempertahankan kelulusan aktiviti pembalakan di situ dan menegaskan ia bertujuan untuk projek ladang buah-buahan bagi meningkatkan pendapatan negeri.

Tiada ulasan: