Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

3.3.13

6 polis antara 12 yang maut di Semporna, kata IGP


  • Nigel Aw
  • 9:50PM Mac 3 2013
 


Sejumlah 12 orang meninggal dunia akibat pertempuran di Kampung Sri Jaya Simunul di Semporna, kata ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar.

Seramai enam orang anggota polis gugur, lebih seorang daripada yang dilaporkan sebelum ini, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence, Lahad Datu pada malam ini.

Katanya, pasukannya menemui mayat keenam itu selepas operasi tamat pada jam 7 malam ini.

Polis juga menemui enam lagi mayat yang tidak dapat dikenalpasti identitinya.

"Kita percaya ia adalah mayat pihak musuh," katanya.

Beliau berkata, kesemua 19 orang anggota polis yang memasuki kampung berkenaan sudahpun meningggalkan kawasan tersebut dengan selamat.

Pasukannya berjaya membawa anggota berkenaan keluar dan mereka kini ditempatkan di ibu pejabat polis daerah Semporna.

Dengan perkembangan itu, kejadian pertempuran di Semporna tersebut dianggap berakhir dan situasi kembali normal,  katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa anggotanya tidak dijadikan tebusan.

Nama anggota yang gugur akan hanya didedahkan selepas dimaklumkan kepada keluarga masing-masing, katanya.

Tiada ulasan: