Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.
Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.
Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.
Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.
"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.
Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.
Sehingga pukul 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu.
- Bernama
Adam Sejodoh · Top Commenter
Kalau kapal terbang tak dak aircond, penumpang boleh mati. Dalam kenderaan pun dah ada kejadian mati terkunci, apa lagi dalam kapal pasti jadi roti panggang. Tapi Indonesia memang selalu perkhidmatannya kepada orang awam amat teruk. Kalau tak percaya, pergilah ke Indonesia, dari kapal terbang ke kapal laut dan ke hotel-hotel memang teruk servisnya. Kalau di Malaysia, hotel yang paling MURAH ada aircond dan tandas. Di Indonesia, kalau penginapan yang murah, jangankan aircond kipas angin pun tidak ada. Tandas pun jauh, kena keluar jalan hampir 100 meter. Kalau melawat Indonesia setakat seminggu, tak cukup mengenali Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan