Seorang penduduk kampung, Uda Busu berkata kejadian pada jam tiga petang tersebut hampir meragut nyawa seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pinggir Sungai Kelaik.
“Anak-anak kami sedang bermain di kawasan sungai berkenanan dan ketika air tiba-tiba datang meluru menyebabkan salah seorang daripada mereka gagal menyelamatkan diri.
“Jika tidak diselamatkan, dia akan dihanyutkan arus,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, seorang jiran mereka yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kilang tersebut berlari untuk memberi amaran kepada penduduk kampung.
“Akibat daripada banjir semalam, kami bernasib baik kerana rumah kami tidak mengalami apa-apa kerosakan tetapi tanaman kami musnah”.
“Jika malam ini hujan lebat, dikhuatiri kolam yang lebih besar akan pecah”.
“Kami bimbang ia akan memusnahkan seluruh kampung dan menghanyutkan kami hingga ke Kota Bharu”, katanya, separuh berjenaka.
Kampung yang terletak kira-kira 60km dari Gua Musang itu dihuni oleh 20 buah keluarga.
Penduduk mendakwa air sungai yang menjadi sumber air utama penduduk kampung tersebut bertukar warna menjadi merah semenjak kilang tersebut beroperasi di situ.
Ketika dihubungi, pengurus syarikat kontraktor kilang Sterling Goldhill Sdn Bhd, Julice Chu berkata mereka masih belum mengesahkan dakwaan tersebut.
“Saya akan membuat tinjauan untuk mengesahkannye kerana sebelum ini banyak aduan yang pernah dibuat oleh Orang Asli di kampung berkenaan”, kata pengurus syarikat tersebut
Bagaimanapun, Chu menyatakan hujan lebat yang sedang melanda negara beberapa hari ini mungkin akan meningkatkan semua paras air sungai dan tidak hanya berlaku pada Sungai Kelaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan