Bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin berkata, tindakan The Star melaporkan tentang kurangnya sambutan terhadap filem Tanda Putera menunjukkan harian berbahasa Inggeris itu menjiwai "fahaman dan semangat" DAP.
"Mungkin The Star mahu merendahkan filem ini untuk membuktikan bahawa pengharaman yang dianjurkan oleh Ketua Menteri DAP Pulau Pinang Guan Eng terhadap Tanda Putera telah berjaya," katanya.
Pada masa yang sama, katanya, ketika ketika media perdana lainnya membesarkan patriotisme sambutan merdeka di muka depan, The Star, akhbar milik MCA itu sebaliknya membesarkan cerita lain.
Dalam versi Pulau Pinang, umpamanya, tambah Zainuddin - bekas pengarang Kumpulan Utusan itu - melaporkan tentang penerusan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang.
"Biarlah adanya monkey (monyet), kera, monyet atau beruk yang suka merosakkan bunga-bunga yang berkembang, biarlah makhluk perosak senang dikenali oleh masyarakat yang cintakan kedamaian dan keindahan...," katanya berkias.
Dilapor tak sampai separuh panggung
The Star dalam semalam melaporkan, tidak ramai yang menonton Tanda Putera dalam persembahan di rangkaian panggung wayang Golden Screen Cinema (GSC) di Pavilion, Kuala Lumpur.
Memetik juruwang pawagam, harian itu melaporkan filem arahan Shuhaimi Baba tidak begitu popular dan hanya 48 daripada 274 kerusi yang disediakan untuk tayangan pada 2.15 petang, terjual.
Petugas GSC itu juga dilapor berkata, jumlah itu tidak sampai separuh daripada kerusi yang disediakan dan keadaannya sama sejak hari pertama dimainkan.
Dalam tulisannya di blog Zam Kata hari ini, Zainuddin berkata, isu kos besar dan kurang sambutan tidak harus menjadi masalah kerana ia bertujuan menyuburkan patriotisme - sesuatu yang lebih bernilai daripada wang.
"Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpilih dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara.
"Di antara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan," katanya lagi.

- Pyanhabib Rahman · Pengulas TertinggiGUA suka ayat ini, kira-kira macam ayat banganglah:
- Bagaimanapun harus diingatkan bahawa mereka yang menonton filem ini adalah orang-orang terpilih dalam masyarakat, penonton yang berkualiti sekalipun kecil, orang-orang yang mengambil berat untuk memahami dan menilai sejarah negara.
- Di antara mereka inilah yang akan muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan.
* Sendal lutut:
Kebetulan gua baharu lepas menonton filem yang dimaksudkan dalam panggung yang tersergam bersama 12 penonton lain, gua rasa gua termasuk `orang-orang yang terpilih dalam masyarakat' lah gamaknya - gua tidak tahu apa status seorang penonton yang masuk lewat selepas lebih setengah rol filem berputar - Apa pun, gua tidak ada harapan langsung untuk `... muncul sebagai pemimpin-pemimpin kecil dan besar di masa depan' hanya selepas menonton filem ini. Keh keh keh!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan