Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.9.13

NGO kata tak memadai dengan minta maaf


 
Guru besar SK Seri Pristana Mohd Nasir Mohd Noor memohon maaf kepada ibu bapa pelajar berkenaan, hampir sebulan selepas kontroversi membabitkan isu kantin di bilik persalinan sekolah tersebut meletus.

NONE"Isu SK Seri Pristana akhirnya selesai semalam dengan permohonan maaf guru besar terbabit,” kata setiausaha NGO Malaysian Tamilan Today K Gunasekaran.

“Kami berterima kasih kepada semua pihak terlibat, termasuk pengarah Jabatan Pelajaran Selangor, wakil rakyat, NGO, ibu bapa dan media,” katanya.

Bagaimanapun, setiausaha agung Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), S Barathidasan berkata pemohonan maaf tidak memadai dalam kes ini.

"Guru besar tersebut perlu digantung perkhidmatan atau ditukar sebagai pengajaran kepada yang lain. Jika tidak, insiden seperti ini tidak akan berakhir,” katanya kepada Malaysiakini.

Barathidasan (kiri) juga mencadangkan kepada kementerian pelajaran untuk memperkenalkan garis panduan operasi untuk guru besar dan para guru.

"Walau isu ini hanya melibatkan akal budi, apa yang menyedihkan, guru dan (guru besar) ini nampaknya perlukan SOP untuk mengingatkan mereka tentang batas-batasnya,” kataya.

Tiada ulasan: