Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik.
Komitmen kerajaan untuk melaksanakan konsolidasi fiskal akan diteruskan bagi mencapai sasaran defisit fiskal dalam lingkungan tiga peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2015 dan belanjawan berimbang menjelang 2020, kata beliau.
"Kita mesti faham ini bukan soal politik, tapi soal masa depan negara, kalau ekonomi terjejas ia akan datangkan kesan buruk kepada rakyat," kata Perdana Menteri dalam persidangan media di bangunan Perdana Putra di Putrajaya hari ini.
Beliau yang juga menteri kewangan berkata demikian sebagai merujuk kepada kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter yang diumumkannya, berkuat kuasa tengah malam ini.
Menjawab soalan, Najib berkata proses rasionalisasi subsidi sememangnya merupakan sebahagian daripada dasar kerajaan yang dimuktamadkan, namun kerajaan bertekad untuk melaksanakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan kesannya tidak membebankan.
"Kita nak tentukan bahawa kesan yang merupakan bebanan kepada rakyat ini, kita pastikan di tahap paling minimum dan kita akan besarkan lagi jaringan keselamatan sosial, seperti yang saya katakan tadi, termasuk kenaikan kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M," kata Najib.
Beliau berkata kerajaan berusaha agar kesan kenaikan itu tidak membebankan rakyat, dan menurutnya jumlah kenaikan kadar BR1M akan diumumkan dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.
Najib berkata kenaikan harga bahan api itu akan memberi kesan minimum dan seterusnya beliau berharap agar para peniaga tidak mengambil peluang ini untuk menaikkan harga barang tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
-Bernama
Zamri Mohd · Pengulas Tertinggi · Politeknik ungku omar
Pengukuhan
ekonomi boleh dibuat dengan hapuskan rasuah, pembaziran dan
penyelewengan oleh kerajaan, bukannya dengan sedut duit rakyat
海神 · Kuala Lumpur, Malaysia
harga
minyak naik, kos pengangkutan naik. Ini akan akibat semua barang naik.
Begitu juga harga elekrik. Harga minyak naik, bil elektrik naik,
akhirnya semua kilang yang pakai elektrik akan naik harga barang.
Akhirnay semua barang naik!!!
Nusantara Raya · Pengulas Tertinggi
Amran Pekida bukan kah Kelantan itu dalam malaysia. Miskin kelantan bermakna malaysia miskin !! bila pelancong datang dia tak lihat negeri apa yang dia tahu Kelantan dalam Malaysia. Kelantan miskin kerana malaysia !! bukan kerana kelantan.
Kalau nak kokohkan ekonomi kenapa tak naikkan sebelum PRU13.
Dan kenapa kata harga petrol kerajaan tak akan naik sebelum PRU13.
Kenapa pula naikkan harga petrol kemudian nak naikkan kadar BR1M.
Peniaga tidak akan dengar nasihat masing-masing hendak untung. Mungkin harga kekal tetapi kuaniti dikurangkan.
Maka tidak salah rakyat marah dan kata PM politikkan harga minyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan