Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

11.9.13

RCI: Tiada arahan beri Pati IC, kata Dr M

KOTA KINABALU - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjelaskan beliau tidak pernah memberi arahan agar kad pengenalan dikeluarkan kepada pendatang tanpa izin (Pati) di Sabah ketika menyandang jawatan perdana menteri.
  
Dalam keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah di sini, Dr Mahathir berulang kali menegaskan bahawa pengeluaran kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin dibuat berdasarkan undang-undang Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan.
  
Menjawab soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri keempat Malaysia dari 1981 hingga 2003, juga berkata beliau tidak mengetahui langsung tentang apa yang dikenali sebagai "Project IC" atau "Project Mahathir" di Sabah, yang didakwa memberi kerakyatan kepada pendatang tanpa izin.
  
Manoj: Ketika menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri, pernah atau tidak anda mengeluarkan sebarang arahan agar IC diberi kepada pendatang tanpa izin?
  
Dr Mahathir: Tidak. Pengeluaran IC kepada pendatang tanpa izin dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang ada di Malaysia.

Manoj: Terdapat aduan bahawa ada pendatang tanpa izin di Sabah yang tidak layak menjadi warganegara, telah diberi IC oleh pihak berkuasa ketika itu melalui apa yang dipanggil sebagai "Project IC". Adakah anda tahu tentang perkara ini?
  
Dr Mahathir: Hanya baru-baru ini saja saya mendengar tentang "Project IC". Sebelum ini, saya tak tahu langsung tentang "Project IC" ini.
  
Manoj: Sesetengah orang memanggilnya "Project Mahathir". Adakah anda tahu mengenainya?
  
"Oh, terima kasih banyak-banyaklah kerana menggunakan nama saya untuk projek itu," kata Dr Mahathir, yang disambut dengan ketawa oleh mereka yang hadir pada siasatan itu.
  
"Saya mendapat tahu nama saya diguna di merata tempat kerana pelbagai sebab. Mereka memanggil saya 'rasis, ultra', tapi saya tidak ambil kisah. Itu dah jadi sebahagian daripada kehidupan politik saya," tambah beliau.  - Bernama

Tiada ulasan: