Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

30.9.13

Aktivis duduk beramai-ramai di lobi parlimen


 
Tindakan kumpulan aktivis yang enggan berganjak dari lobi parlimen sehingga menteri dalam negeri atau timbalannya menerima memorandum mereka akhirnya membuahkan hasil.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar tampil untuk menerima memorandum berkenaan dengan diiringi MP Gombak Azmin Ali.

Wan Junaid bertemu kumpulan itu kurang 30 minit selepas kumpulan tersebut duduk beramai-ramai di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kumpulan aktivis berkenaan atas memorandum yang menentang cadangan pindaan ke atas Akta Pencegahan Jenayah 1959 itu.

Beliau juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan lanjut dan juga dialog berhubung rang undang-undang tersebut, yang didakwa akan memperkenalkan semula kuasa penahanan tanpa bicara.

Ditanya sekiranya rang undang-undang tersebut akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua esok, Wan Junaidi berkata perkara itu tidak diputuskannya seorang diri.

“Saya belum baca memorandum tersebut,” katanya lagi.

Terdahulu, setiausa parlimen kementerian berkenaan Mohamad Sade Mohamad Amin menyatakan bahawa menteri dan timbalan tidak akan menemui peserta perhimpunan berkenaan.

Tiada ulasan: