-
March 21, 2013
-
March 21, 2013
1165
13
0
Baru sebentar tadi kami
ditunjukkan dengan satu artikel dari sebuah laman politik yang jika
benar kesahihanya boleh dianggap satu perkara yang amat mendukacitakan.
Tapi bukan isu politik yang menjadi tarikan kami tetapi individu yang
diceriterakan disitu.
Abby Abadi jika semua maklum merupakan
bahan cacian dan kejian oleh segelintir kelompok yang tidak senang
dengan keceluparanya membangkitkan sesuatu isu. Terbaru Abby Abadi
sekali lagi (jika boleh setakat ini kami sifatkan sebagai ’1 fitnah’
jika tidak dibuktikan kesahihanya) di jadikan satu bahan gosip apabila
dikatakan menerima RM50,000 dari seseorang VVIP yang menajanya ke
London.
Jelas penulis ini lagi “Saya ingin
memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang
berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana. Siapa
VVIP yang menaja segala perbelanjaan Abby ke London yang pada mulanya
hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg
dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia dan apa kerja
yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu? Takkan
menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan
besar jumlahnya.”
“Wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.
Tidak cukup RM50,000 di London! Rumah
Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa? Jangan
berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada
yang tahu puncanya.” Sanggahtokjanggut.
Jelas penulis ini lagi segala skandal
yang berlaku disebalik RM50,000 melibatkan Abby Abadi bakal dilondehkan
jika pelakon & penyanyi ini masih berterusan dengan sikapnya yang
kebodohan serta kebiadapnya.
– Buahmulut.Com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan