Mohd Harif
Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera...??
Persoalan Kenapa polis bukan tentera?
1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna:
1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah
menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di
antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan
Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduhan di
Mahkamah Awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di
atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap tawanan perang.
4) Boleh diektradisikan dengan lebih
mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang
susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan
mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on
TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam
tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan
bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat
hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan
seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.
Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian
Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd
Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan
mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (seperti; Bunuh polis SB
tu). Beliau dituduh sebagai combatant Perang.
Persoalan
sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam
kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk
tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada
negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit
ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab
di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.
Hatta USA
pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang
terkenal dengan Gerat wallnya sering dicerobohi orang bangsa Mongolia
Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes
Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
Hatta
Mekah pun pernah dicerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan
kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun
dengan izin-Nya bocor juga)
P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa.
Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK),
Attachment b-very able trooper 69(VAT69) di bawah pasukan gerakan khas(PGK).
UTK lebih menyerupai police SWAT, manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.
Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...
Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22
RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..
Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18..
Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi.
Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar
pasukan keselamatan pula...termasuklah sesetengah dari pihak
pembangkang
3.3.13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan