Beliau berkata, Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayob sendiri mengakui Tun Mahathir meluluskan projek tersebut dengan alasan untuk 'mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah.
Akibatnya kata Hassnar, seramai 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985.
Bercakap pada Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat Sebenar? di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi, Hassnar juga berkata, beliau terlibat dalam menandatangani dokumen untuk pemberian IC kepada pendatang asing tanpa disedari.
"Walaupun saya sudah berusia 62 tahun, tapi saya masih kuat, segak dan saya belum nyanyuk. Megat Junid sendiri beritahu saya projek IC diluluskan oleh Mahathir.
"Memang berlaku pertemuan di antara Megat Junid dan bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh ketika itu.
"Saya ulang, kalau polis dengar apa yang saya katakan ini, sila rakam. Gunung berapi dalam dada saya sudah mahu meletup. Kalau polis mahu dakwa saya silakan. Kita jumpa di mahkamah," katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin.
Hassnar yang merupakan bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998 juga berkata, IC tersebut bertujuan untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang belum menyertai BN ketika itu.
"Pada tahun 1988, PBS sedar perkara ini berlaku dan syarat yang dikenakan saya mesti dipenjarakan.
"Jadi saya ditahan di bawah ISA selama 59 hari. Walaupun saya buat kerja untuk Umno ketika itu, saya tetap ditahan. Jadi berkawan dengan orang Umno kerana walaupun anda buat kerja untuk mereka, anda tak terkecuali daripada diambil tindakan," katanya.
Beliau juga mendakwa, usaha yang dikenali sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno itu turut melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung.
Selain itu, beliau turut mendakwa rusuhan tersembunyi yang berlaku pada tahun 1986 di Sabah merupakan perancangan Tun Mahathir selepas kekalahan BN.
Rusuhan selama 48 hari itu mengakibatkan letupan bom, pembakaran masjid dan menyebabkan lima terbunuh. -HD
shark yu said...
March 19, 2013 at 6:04 PM
pendedahan demi pendedahan terus menampakkan dengan jelas penglibatan MAHATIR dan HARRIS SALLEH tentang projek IC yang menjerumuskan Sabah dalam keadaan yang amat merbahaya!!! ...akta kesalahan keselamatan sepatutnya sudah berfungsi terhadap mereka ini ..negara kita dalam bahaya sekarang, masa depan rakyat Malaysia di Lahad Datu bukan lah selamat!!...di seluruh Sabah bertaburan orang suluk yang memiliki projek IC mahatir dan mereka ini boleh bertukar watak bila2 masa di perlukan ketua melalui kawalan dari jauh.. kebanyakan mereka sudah biasa dengan peperangan,, malah pemimpin pengganas ada mengatakan telah menyembunyikan banyak senjata di kebanyakan lokasi di seluruh Sabah..siapakah sebenarnya yang akan menggunakan senjata2 itu???????? mengapakah kiram masih belum menunjukkan tanda2 mengaku kalah walau pun malaysia telah memperkuatkan barisan senjatanya??????itu kerana mereka baru bermula!!!! IC mahathir telah memudahkan mereka bertapak di Sabah dan memperkuatkan tuntutan!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan