-
March 21, 2013
301
3
0
PETALING JAYA – Pelakon Rita
Rudaini menganggap tuduhan yang dibuat bapa mertuanya, Abd. Radzak, 64,
yang kecewa dengannya kerana gagal menghantar wakil dalam jawatankuasa
pendamai bagi proses permohonan cerai pasangan itu di Mahkamah Syariah
Seremban, Negeri Sembilan kelmarin sebagai mencalar reputasinya.
Rita, 37, menjelaskan dia tidak
sepatutnya dipersalahkan kerana peguamnya telah menghantar surat kepada
peguam suaminya, Mohd. Aidil Zafuan Abd. Radzak, 26, dan mahkamah
terlebih awal memberitahu dia tidak dapat hadir kerana berada di luar
daerah.
“Jangan hendak burukkan nama saya sebab
selama ini saya tidak pernah tidak hadir ke mana-mana perbicaraan,
tuduhan ini mencalar reputasi saya.
“Saya tidak tahu kenapa pihak Aidil tidak tahu perbicaraan ini telah ditangguhkan ke 3 April 2013,” katanya kepada Kosmo!.
Tegas Rita, pihaknya akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pendamai itu.
Mahkamah pada 25 Februari lalu
mengarahkan satu jawatankuasa pendamai ditubuhkan selepas permohonan
cerai pemain bola sepak Johor DT itu terhadap isterinya itu dibantah
oleh Rita.
Dalam jawatankuasa tersebut, kedua-dua
belah pihak dikehendaki menghantar seorang wakil yang terdiri daripada
keluarga terdekat untuk mencari jalan penyelesaian sebelum hasil
perbincangan itu dikemukakan kepada mahkamah.
Rita dan Mohd. Aidil Zafuan bernikah
secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan
dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.
Mereka tidak tinggal bersama selepas
pemain bola sepak itu dikatakan meninggalkan rumah kelamin mereka di
Damansara pada tahun lalu.
- mStar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan