Ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini, Dr Mahathir berkata, Anwar bebas bertanding di kawasan mana dan "lari dari Permatang Pauh" kerana Malaysia negara bebas.
Beliau diminta mengulas kenyataan Anwar yang mungkin melepaskan kerusi tempat kelahirannya dan bertanding di Perak.
Diminta menjelaskan maksud "lari" itu, Dr Mahathir berkata, bekas timbalannya itu mungkin tidak yakin akan menang di kerusi tradisinya itu.
Selain Anwar, beberapa pemimpin tertinggi Pakatan juga mengintai kerusi baru, antaranya Lim Kit Siang dan Liew Chin Tong dari DAP yang berpindah ke kubu kuat Umno di Johor.
Dalam pilihan umum lalu, isteri Anwar yang juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengalahkan Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388 undi.
Beliau bagaimanapun selepas itu berundur dan membeli laluan kepada suaminya untuk bertanding semula di kerusi tradisinya itu dalam pilihan raya kecil.
Anwar mengalahkan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti lebih besar sebanyak 15,657 dalam pertandingan tiga penjuru yang turut disertai calon parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) yang hilang wang pertaruhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan