Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

31.3.13

ISU PEROBOHAN RUMAH DI KG KUKUSAN

Tawau; Pas Kalabakan hari ini mengecam keras arahan perobohan sekitar 90 buah rumah di Kg
Bukit Kukusan, Tawau, Sabah. Bercakap kepada wakil pemberita, Cik Fatmawaty Yusuf, Penyelia Pas DUN Tanjung Batu-Kalabakan berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan drastik bagi mempertahankan hak penduduk.

"Kita berharap penduduk kampung tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga satu penjelasan dibuat oleh Jabatan Tanah tentang hak mereka. Kami di peringkat Pakatan Rakyat sedang merangka satu tindakan drastik untuk mendesak Jabatan Tanah menyelesaikan pemilikan tanah kepada penduduk kampung sebagaimana surat kelulusan yang telah dikeluarkan sejak 2003 lagi”

Semalam, Pas Tawau dan Kalabakan telah membuat laporan polis berhubung gangugan dan cubaan perobohan rumah menggunakan sebuah jentera. Ini berlaku apabila seorang penama, Hj Abdul Rasyad bin Hj. Adam (M/s Chee & co) yang mengaku sebagai pemilik tanah, telah menuntut semua penduduk yang menduduki tanah seluas 8.06 ekar itu agar berpindah dan keluar dari kawasan tersebut.

Walaubagaimanapun, penduduk kampung menegaskan, mereka telah mendapat surat kelulusan penempatan daripada mahkamah untuk tinggal di situ sehingga sekurang-kurangnya Oktober akan datang.

Menurut Fatmawaty lagi, pihaknya akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) kerana dikhuatiri wujudnya salahlaku dan rasuah dalam tuntutan pemilikan tanah ini. Dakwaan ini wujud kerana pihaknya merasa hairan apabila wujudnya kekeliruan dalam status pemilikan tanah di kawasan terlibat.

Isu kekeliruan pemilikan tanah ini dijangka memberi impak yang besar kepada suasana politik
Kalabakan menjelang pilihanraya umum ke-13 khususnya di DUN Tanjung Batu kerana terkini
wujudnya persaingan hebat antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam memenangi isu ini di sana.




-PAS TAWAU

Tiada ulasan: