Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

10.2.10

Pukulan Hebat Buat PR


Posted on Monday, February 08 @ 22:54:29 PST
Dilulus untuk paparan oleh nawuza

Oleh: peluit
Analisis Isu

"
Nampaknya PR mendapat pukulan hebat lantaran kelima-lima hakim menolak Datuk Seri Nizar untuk menjawat jawatan MB di Perak. Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.

Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.

Nampaknya apa yang diuar-uarkan oleh PR Kerajaan Perak dirampas oleh BN telah dinafikan oleh Mahkamah Persekutuan. Yang menjadi tanda tanya apa martabat Mahkamah Tinggi yang memutuskan Datuk Seri Nizar adalah MB Perak yang sah. Peluit bukan seorang peguam jauh sekali seorang politikus yang tahu seluk beluk mahkamah di Malaysia. Rakyat marhaen seperti Peluit hanya dapat menerima sahaja keputusan yang diumumkan.

Namun jauh di lubuk hati Peluit, mahkamah nampaknya bukan medan yang sesuai untuk dihambat sebagai sebuah lembaga untuk menentukan perjalanan politik sesebuah negara. Ramai sangat pemimpin dunia yang disumbat ke penjara lantaran dihukum oleh mahkamah yang satu ketika amat naif bila sahaja dibebaskan pemimpin yang taraf banduan ini melonjak menjadi pemimpin pilihan rakyat.

Contoh terbaik adalah Nelson Rolihlahla Mandela menentang apartheid. Akhirnya dilantik menjadi Presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan. Penderitaan beliau selama 27 tahun di penjara adalah atas mainan mahkamah dunia yang amat diragukan.

Dalam kes MB Perak, semua yang menjadi hakim adalah orang kita Melayu yang tentunya kewibaan mereka tidak perlu dipersoalkan. Ada dua ketentuan yang seharusnya kita menghormati hakim-hakim ini; Pertama mereka amat arif tentang perundangan keduanya mereka adalah saudara kita seagama.

Jika kearifan mereka ini tersilap pasti dalam agama ada penghakiman semula. Maka rakyat marhaen seharusnya jangan pandai mencemuh atau tidak menjunjung perlembagaan yang amat tinggi nilai di Rukun Negara kita.

Jika pun ada kalangan warganegara tidak dapat menerima keputusan mahkamah ini. Ada baik menterjemahkan keputusan & suara hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum yang akan menyusul nanti.

Cumanya jangan sampai SPR menjadi lembaga yang diragui sementelah ketidaktelusan dalam banyak akta mengundi. Undi Pos yang banyak dipersoalkan haruslah ada pihak pemerhati yang jujur & ikhlas akan kebebasan pengundi pos menyokong mana-mana parti.

Harus diingat di Malaysia kini tiada lagi mana-mana parti dikatakan parti pembangkang. PR12 telah menetapkannya ada negeri BN yang memerintah ada negeri PR yang memerintah. Media massa arus perdana sebaiknya jujur dalam penggunaan perkata pembangkang ini agar tidak sampai mengelirukan rakyat.

Jika PR asyik dilabelkan sebagai parti pembangkang, maruah PR tentunya terjejas. Lazimnya manusia tak suka berbalah, sering digunapakai perbalahan ini ujud lantaran adanya pembangkang.

PR13 pastinya saat paling mencabar buat BN & PR. Jika BN kembali berkuasa dengan majoriti 2/3 rasanya 50 tahun lagi belum tentu PR akan bangkit. Jika PR pula berkuasa bukan mustahil rasa tak puas hati BN akan terusan saban ketika ada sahaja kes yang dihadapkan ke mahkamah.

Rakyat pastinya akan tak terkata.

Tranungkite.

Tiada ulasan: