Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.2.10

Doa Nik Aziz Termakbul

Posted on Friday, February 05 @ 11:22:01 MYT

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Pas kecewa dan merungut. Ada pihak yang telah menyerang kredibiliti beliau sebagai pemimpin di dalam Pas.

Beliau dikatakan telah 'dihentam' dengan teruk oleh sesetengah pihak tentang tindakan beliau ke atas Khalid Samad dan Hassan Ali di Selangor.

Jika sekali imbas kita akan mengganggap bahawa parti UMNO yang 'menghentam'beliau tetapi rupa-rupanya ahli-ahli Pas sendiri yang melakukannya!

Maksudnya, terdapat ahli-ahli Pas yang berpengaruh yang lebih melihat dan menyokong pemimpin daripada menyokong perjuangan parti Pas itu sendiri.

Mereka telah mengkritik begitu keras sehinggakan Tuan Ibrahim sanggup membuka isu ke pengetahuan orangramai melalui blog beliau. Tentu pedas dan pedih sekali!

Di antara catatan di dalam blog beliau :-

Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh Pas, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset.

UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli Pas dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama.

Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti?

Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?

....... Cuma saya bertanya sendirian, kenapa UMNO tidak mengambil kesempatan menyerang sedangkan mereka telah membentuk pemikiran massa ke arah itu. Bahkan yang hebat menyerang adalah ahli Pas atau penyokong Pas.

Persoalannya sekarang, apakah Tuan Ibrahim atau Abdullah Karim (salah seorang pemimpin Pas yang 'menghentam' Tuan Ibrahim) akan dituduh sebagai tali barut UMNO seperti yang selalu dilabelkan oleh penyokong-penyokong Pas?

http://www.pemudaumno.org.my

Tiada ulasan: