Translate

Bantu Ketik Blog ini

Sejak 10.10.10

RangBul@n

Semua catatan di situs ini dikutip dari pelbagai blog di dunia maya; tiada kena mengena dengan pemilik blog. Sebarang komen peribadi sila e-mel rangbulan@gmail.com

5.2.10

Lawatan kali kedua hakim ke kondo kes


KONVOI Hakim Mohamad Zabidin dan pasukan mahkamah yang membuat lawatan kedua ke Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara semalam.


KUALA LUMPUR - Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah semalam sekali lagi meluangkan masa selama 45 minit melawat sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini yang didakwa tempat berlakunya kejadian liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut berada di kondominium itu ialah tertuduh, Anwar, 63, dan saksi pertama, Mohd. Saiful, 25.

Tertuduh dan saksi pertama itu diiringi oleh peguam masing-masing.

Bapa Mohd. Saiful, Azlan Mohd. Lazim turut dilihat memasuki kawasan kondominium itu.

Lawatan ke Unit 11-5-1 di kondominium itu merupakan yang kedua bagi Hakim Mohamad Zabidin selepas lawatan pertama tengah hari kelmarin.

Hakim Mohamad Zabidin dan Mohd. Saiful tiba di kondominium tersebut pada pukul 12.02 tengah hari selepas selesai prosiding pada sesi pagi.

Selepas itu kenderaan membawa Anwar masuk ke kawasan kondominium itu kira-kira 10 minit kemudian.

Seramai 50 petugas media berkumpul di pekarangan kondominium tersebut bermula pukul 8.30 pagi.

Turut mengawal kawasan kondominium itu ialah sepasukan polis yang berada di situ sejak pukul 7 pagi.

Kesemua mereka meninggalkan kondominium tersebut pada pukul 12.45 tengah hari manakala Anwar pula beredar kira-kira 10 minit kemudian.

Kosmo!

Tiada ulasan: